KUALA LUMPUR: Mereka mempunyai masa depan cerah dan mampu 'terbang lebih tinggi' sepertimana yang lain.
Namun, kemiskinan dan ketiadaan dokumen pengenalan diri merantai kanak-kanak jalanan di tengah-tengah ibu kota selain pelbagai masalah lain, menjadikan mereka sehingga hari ini bagaikan tiada noktah akan nasib dan masa depan mereka.
Apakah usaha yang dilakukan kerajaan untuk komuniti minoriti ini mencipta kejayaan belum memadai?
Ini dikupas dalam bahagian kedua laporan khas mengenai polemik masa hadapan kanak-kanak jalanan.
Jam sudah menghampiri 1 pagi, namun kelibat kanak-kanak jalanan bermain basikal mahupun berlarian sambil ketawa riang selain ada yang melepak di tempat letak kereta berhadapan restoran mamak di Lorong Haji Taib 2, merupakan pemandangan biasa di sini.
Bagi masyarakat luar yang melihat sisi kehidupan kanak-kanak sekitar Chow Kit ini, tidak mustahil ada berpandangan bahawa komuniti ini tidak mempunyai masa depan cerah, liar, tiada arah tuju mahupun mampu untuk melakar kejayaan.
Walhal, kanak-kanak ini bukan sahaja mempunyai disiplin yang baik tetapi juga bijak serta ada dalam kalangan mereka berjaya diterima masuk ke menara gading sekali gus membuktikan komuniti di situ juga mampu untuk 'terbang' lebih tinggi.
"Disiplin kanak-kanak ini sangat bagus, misalnya ketika menyanyikan lagu Negaraku, mereka begitu tertib berdiri tegak selain menjaga adab dan tatasusila apabila berkomunikasi. Selama ini, mereka hanya melihat orang lain bersekolah dan mereka tidak berpeluang," kata Pengetua Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Zamzuri Abdullah kepada Bernama.
Pengetua SBJK yang sudah lima bulan berkhidmat di sekolah itu mendapati anak-anak sekitar Chow Kit ini tidaklah sepertimana digambarkan sesetengah pihak selepas mendekati dan melihat sendiri semangat mereka yang komited untuk berubah bahkan mempunyai impian tersendiri.
Ini dapat dilihat apabila jumlah ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah berkenaan telah jauh meningkat berbanding sebelum ini, selepas 10 tahun penubuhannya sekali gus membuktikan komitmen mereka memastikan anak-anak tidak mewarisi kemiskinan.
Namun begitu, langkah murni kerajaan menubuhkan SBJK untuk komuniti anak-anak sekitar Chow Kit bagi memastikan tidak tercicir daripada sistem pendidikan masih tidak mencukupi sekiranya mereka tidak dibantu mendapatkan dokumen pengenalan diri berpunca daripada kecuaian ibu bapa yang gagal mendaftarkan kelahiran anak mereka.
"Dulu ibu bapa risau jika mereka perlu bayar yuran selain ada juga yang bimbang jika anak diambil dan diserahkan kepada pihak lain (tiada dokumen kerakyatan) tetapi sekarang tidak lagi. Namun kini, yang kekal menjadi cabaran utama adalah mendapatkan dokumen pengenalan diri.
"Jika aspek ini tidak dibantu, pelajar cemerlang ini juga tidak dapat ke mana-mana. Misalnya, ke peringkat universiti dan seterusnya mendapat pekerjaan bagi mencapai matlamat membawa mereka keluar dari kehidupan gelap," katanya sambil menambah ketika ini SBJK yang terletak di Chow Kit memiliki 152 murid dan pelajar berumur empat hingga 19 tahun, majoritinya tiada dokumen pengenalan diri, yatim piatu, gelandangan mahupun menghadapi masalah sosial.
Situasi ini tidak boleh dipandang enteng memandangkan sebelum ini terdapat pelajar cemerlang lepasan sekolah itu berhadapan kesukaran memohon kemasukan ke insititut pengajian tinggi awam (IPTA) yang perlu dilakukan secara dalam talian disebabkan tiadanya dokumen pengenalan diri.
Tidak mahu mensia-siakan kebolehan serta kecemerlangan pelajar itu, pihak SBJK dan Kementerian Pendidikan (KPM) terpaksa mengambil inisiatif berjumpa pihak universiti untuk membentangkan potensi, keputusan peperiksaan pelajar bagi mendapatkan permohonan kemasukan istimewa.
"Alhamdulillah, pelajar itu akhirnya diterima dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda selain kami juga ketika ini berusaha untuk memohon mendapatkan dokumen pengenalan diri daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sepanjang tempoh pengajiannya berlangsung," katanya.
Ini antara yang bernasib baik dapat dibantu, akan tetapi bagaimana pula sekiranya ada terlepas pandang dan kerana itu, usaha membantu kanak-kanak ini perlu dilaksanakan sebaik mungkin memandangkan mereka adalah 'mangsa keadaan'.
Kedangkalan ibu bapa yang gagal mendaftarkan kelahiran anak-anak ini antaranya disebabkan tidak berpengetahuan mengenai prosedur pendaftaran, tidak mengambil berat akan kepentingannya selain takut sekiranya didenda dan ditangkap pihak berkuasa.
Lebih membimbangkan menurut Zamzuri, sekiranya nasib anak-anak yang tidak meneruskan pelajaran disebabkan ketiadaan dokumen akan memburuk disebabkan kawasan itu merupakan lubuk kepada pelbagai masalah moral mahupun jenayah.
"Mereka mungkin boleh dimanipulasi oleh mana-mana pihak contohnya, gangster yang boleh menarik pelajar tersebut terlibat dengan jenayah merompak, membunuh dan mungkin menjadi pengedar dadah disebabkan pengaruh sekeliling.
"...Ataupun ditindas oleh majikan yang tidak membayar gaji setimpal disebabkan tiadanya dokumen pengenalan diri dan bagaimana mereka boleh buat aduan? Situasi dimanipulasi tentunya akan membuat mereka tertekan dan berkemungkinan mengambil jalan hidup gelap," katanya.
Bukan itu sahaja, ibu bapa yang ditemui Bernama turut menyuarakan kebimbangan akan persekitaran di situ sekali gus menginginkan anak mereka keluar daripada kehidupan berkenaan dan dimasukkan ke mana-mana sekolah berasrama walaupun impian itu mungkin agak sukar.
"Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi membantu mereka mendapatkan dokumen pengenalan diri kerana itu menjadi penghalang buat mereka untuk terbang lebih tinggi. Jika tidak ada dokumen, bagaimana mereka mahu mencari rezeki?
"Nak buka akaun pun tidak boleh. Kalau tidak dibantu, kemungkinan mereka akan balik semula ke tempat asal (lorong gelap sekali gus sukar untuk menoktahkan kemiskinan diwarisi)," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
Apakah usaha yang dilakukan kerajaan untuk komuniti minoriti ini mencipta kejayaan belum memadai? - Gambar Bernama
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
India rampas kapal bawa dadah bernilai AS$71 juta
Pihak berkuasa India turut menangkap 14 warganegara Pakistan dalam serbuan berkenaan.
Perkhidmatan feri percuma bagi pengunjung Program MADANI Rakyat Zon Utara
Perkhidmatan feri Pulau Pinang secara percuma disediakan bagi pengunjung PMR Zon Utara yang akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong di sini selama tiga hari bermula Jumaat ini.
Qatar nantikan kata putus Malaysia dalam pelaburan Baladna
Lawatan keempat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) antara lain turut memberi penekanan dalam sektor agrikultur dan sekuriti makanan. Misi ini jelas serentak dengan tema forum ini iaitu 'Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan' yang mana Datuk Seri Anwar berkesempatan berbincang dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani mengenai hasrat pelaburan ladang tenusu terbesarnya, Baladna dikomersialkan di Malaysia.
[TERKINI] Anwar bertemu Putera Mahkota Arab Saudi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menghadap Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed Bin Salman Al-Saud.
Pertemuan yang berlangsung di Istana Al-Safa itu adalah atas undangan Kerajaan Arab Saudi seiring lawatan kerja tiga hari beliau ke Riyadh.
Pertemuan yang berlangsung di Istana Al-Safa itu adalah atas undangan Kerajaan Arab Saudi seiring lawatan kerja tiga hari beliau ke Riyadh.
Cakna media sosial: Anak-anak perlu pendedahan awal pendidikan digital
Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan awal kepada pendidikan digital bagi memastikan mereka cakna mengenai kebaikan dan keburukannya.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.
Golongan muda alami rabun tua sebelum usia
Rabun tua atau presbiopia (presbyopia) sering dialami individu yang berusia 40 tahun, namun kini masalah berkenaan juga 'menghantui' golongan lebih muda.
Program pembangunan bakat di institusi kebajikan perlu dihidupkan semula - Nancy
Program Pembangunan Bakat terutama melibatkan kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dihidupkan semula.
Kanak-kanak ganggu jemaah di masjid: Apa hukum, tanggungjawab kita?
Didiklah anak-anak untuk mencintai masjid namun perlu mengawal mereka agar tidak mengganggu jemaah lain.
Masjid Kapitan Keling tawar hadiah kepada kanak-kanak solat tarawih
Antara hadiahnya nanti mungkin berupa peralatan permainan seperti kereta kawalan jauh, atau basikal, yang ditaja beberapa pihak.
Parental Control Tools bantu ibu bapa pantau kandungan dalam talian- Fahmi
MCMC bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan perisian Parental Control Tools.
Hampir 31,000 rakyat Palestin terbunuh pada hari ke-156 serangan Israel ke atas Gaza
Lebih 30,960 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza yang telah memasuki hari ke-156, kata pihak berkuasa kesihatan di wilay