IPOH: Tiada isu memotong barisan dalam pemberian vaksin kepada seorang artis wanita dikenali sebagai Datin Paduka Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kerana mereka dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi.
Pengarah HRPB Dr Abdul Malek Osman berkata mengikut semakan, kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada pasangan itu adalah berdasarkan kepada rujukan oleh doktor pakar yang telah merawat mereka atas masalah kesihatan dan komorbiditi dihadapi mereka.
"Pasangan ini dimasukkan dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar yang merawat kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi.
"Pasangan ini menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) HRPB pada Selasa lepas," katanya dalam kenyataan, namun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai sebab pasangan itu menerimanya di PPV itu dan status penyakit kerana diletakkan dalam golongan berisiko.
Beliau berkata PPV HRPB menerima rujukan pesakit atau pelanggan daripada pelbagai fasiliti kesihatan dari dalam dan luar Perak.
Menurutnya, semua pesakit atau pelanggan yang dirujuk kepada PPV itu telah menjalani pemeriksaan awal 'Pre Vaccination Assesment' (PVA) yang hanya boleh didapati di Klinik-Klinik Pakar Perubatan Hospital.
"PPV, HRPB hanya memberi suntikan vaksin kepada pesakit atau pelanggan yang telah dirujuk dan tidak melakukan PVA tersebut di fasiliti PPV hospital ini," katanya.
Dr Abdul Malek berkata pemberian suntikan vaksin bagi fasa kedua telah diberikan keutamaan kepada golongan berumur 60 tahun ke atas dan individu mempunyai komorbiditi serta golongan berisiko tinggi.
Katanya, selari dengan hasrat kerajaan untuk memberikan perlindungan kepada rakyat ketika negara berdepan penularan wabak COVID-19, orang ramai terutama golongan berisiko tinggi digalakkan membuat pendaftaran penerimaan suntikan vaksin melalui aplikasi MySejahtera atau dalam laman web http://www.vaksincovid.gov.my.
Semalam, gambar Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 26, bersama plakad 'saya sudah divaksin' yang dikongsikan menjadi tular namun ibu kepada pasangan kembar berusia lima tahun itu dipercayai sudah memadamkan hantaran itu tidak lama kemudian.
Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama memberitahu sesiapa yang mahu mendapatkan suntikan vaksin tidak perlu mendapatkan kebenaran rentas negeri dan hanya perlu menunjukkan surat janji temu atau menerusi aplikasi MySejahtera ketika pemeriksaan polis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 27 2021
Pengarah HRPB Dr Abdul Malek Osman berkata mengikut semakan, kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada pasangan itu adalah berdasarkan kepada rujukan oleh doktor pakar. - Foto Instagram/@eina_azman
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Nak tunjuk 'King' punya pasal, akhirnya King tersangkut lagi lama
Kereta Perodua Myvi ini apabila mendapat pengajaran paling bermakna dalam hidup apabila keretanya terjatuh dan tersangkut di tebing.
Lebih 100 kenderaan guna lorong kecemasan dalam tempoh empat jam
Kesalahan itu dikesan melalui pemantauan khas Tahun Baharu Cina 2023 yang dilaksanakan di Lebuhraya PLUS dari Johor Bahru ke Putrajaya.
Op Rentas Sempadan JPJ: 252 pengguna jalan raya dikesan potong barisan
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata kesalahan memotong barisan merupakan yang tertinggi direkodkan sepanjang operasi itu.
Tiada ruang 'potong barisan', 'guna kabel' tunai haji - Ahmad Marzuk
Tabung Haji (TH) mengutamakan jemaah yang menepati kriteria yang sudah disenaraikan.
Video tular: Polis tahan lelaki 'potong Q', pandu secara melulu dan berbahaya
Seorang lelaki ditahan setelah disyaki memandu secara melulu hingga boleh membahayakan pengguna lain sehingga tular menerusi rakaman sebuah video.
Op Selamat: 342 saman potong barisan, langgar lampu isyarat merah dikeluarkan
Kesalahan yang dilakukan itu adalah antara penyumbang terbesar kemalangan yang boleh mengundang maut.
JPJ saman 32 pemandu potong barisan di persimpangan lampu isyarat
Saman terbabit dikeluarkan dalam operasi Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) yang melaksanakan penguatkuasaan.
Tiada isu potong barisan pemberian vaksin COVID-19 kepada Eina Azman, suami
Pengarah HRPB Dr Abdul Malek Osman berkata mengikut semakan, kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada pasangan itu adalah berdasarkan kepada rujukan oleh doktor pakar.
Kertas siasatan dakwaan potong barisan suntikan COVID-19 selesai - Ketua Polis Kelantan
Kertas siasatan dakwaan berlaku cubaan untuk memotong barisan suntikan COVID-19 oleh kakitangan pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan telah diserahkan kepada pendakwaraya.
Vaksin COVID-19: Polis sedang lengkapkan siasatan berhubung 'potong barisan'
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada tujuh individu.