Tiada kelibat dua rakyat Malaysia yang telah meninggalkan Pyongyang pagi tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mereka yang dijangka pada awal akan kembali ke Malaysia malam ini adalah petugas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Program Makanan Sedunia (WFP), Stella Lim dan Nyanaprakash Muniandy.

Kira-kira pukul 4 petang tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial Twitternya mengesahkan kedua-dua mereka selamat tiba di Beijing dari Pyongyang.

Pada masa sama, jurucakap WFP mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut.



BACA: Stok makanan halal rakyat Malaysia di Korea Utara terbatas, bertahan kurang seminggu

BACA: Saya tahu anak saya di Pyongyang dalam ketakutan - Ibu Iza

Selasa lalu, Korea Utara mengeluarkan arahan melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu dan sebagai tindak balas Malaysia turut mengambil tindakan sama terhadap rakyat Korea Utara di negara ini.

Kementerian Luar Malaysia memberitahu seramai 11 rakyat Malaysia di Korea Utara, terdiri daripada tiga kakitangan kedutaan, enam ahli keluarga dan dua pekerja PBB.