Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, ketiga-tiga kertas siasatan berhubung dua kes berkenaan akan dikembalikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan arahan supaya ia ditutup.
Berhubung kertas siasatan berkaitan dana yang dikatakan berjumlah 'RM2.6 bilion' yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, katanya beliau berpuas hati dengan keterangan saksi serta dokumen yang kemukakan SPRM.
"Saya berpuas hati bahawa keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan oleh SPRM kepada saya menunjukkan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun PM berjumlah USD681 juta (RM2.08 bilion) adalah merupakan sumbangan peribadi kepada PM daripada keluarga diraja Arab Saudi dan telah diberikan kepada beliau tanpa sebarang balasan.
"Pihak SPRM di dalam siasatan telah menemui dan merakamkan percakapan saksi-saksi termasuk pemberi sumbangan dana tersebut yang mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada PM secara peribadi," katanya dalam satu sidang media khas di pejabatnya di sini, hari ini.
Tambahnya, pada bulan Ogos 2013, wang sejumlah USD620 juta (RM2.03 bilion) telah dikembalikan semula oleh Najib kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
Beliau juga berkata, tiada keperluan bagi Malaysia untuk membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah (mutual legal assistance) kepada mana-mana negara asing bagi tujuan melengkapkan siasatan jenayah yang dijalankan SPRM memandangkan tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana tersebut.
SPRM pada 31 Disember lalu telah menyerahkan dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International dan satu kertas siasatan berkaitan kes yang dikatakan melibatkan dana RM2.6 bilion.
Pejabat Peguam Negara telah memulangkan semula kertas-kertas siasatan tersebut minggu lalu untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Norsiah Mohd Ramli
Tue Jan 26 2016
APANDI: Tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak berkait ketiga-tiga kertas siasatan. - Gambar fail
Guru didakwa denda pelajar berdiri tengah panas disiasat
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan dibuat oleh ibu kepada salah seorang pelajar terbabit.
14 lelaki ditahan dalam operasi khas banteras penyeludupan, rampasan bernilai lebih RM35 juta
Tiga daripada serbuan itu dijalankan serentak pada Isnin lepas (20 Mei) manakala satu lagi serbuan pada Khamis (23 Mei).
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
SPRM terus siasat SRC International dan dana RM2.6 bilion
Panel itu juga menasihatkan agar suruhanjaya berkenaan menghantar semula kertas siasatan terhadap SRC International Sdn. Bhd. kepada Peguam Negara untuk semakan semula.
Tiada kesalahan jenayah dilakukan Najib berhubung kes SRC, RM2.6 bilion - Peguam Negara
Peguam Negara berpuas hati dengan kertas siasatan yang dijalankan oleh SPRM berhubung SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion.
Jawab isu 1MDB di Parlimen: Jadi atau tidak?
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dijadual akan memberi penerangan berhubung isu berkaitan 1MDB di Dewan Rakyat pada Khamis (3 Disember).
SPRM nafi ada tawar ganjaran guna dana RM2.6 bilion
SPRM menafikan pernah menawarkan ganjaran atau pampasan wang RM2.6 billion kepada orang ramai yang komited menentang keganasan.