JAKARTA: Tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom "thrombocytopenia" yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia, menurut suruhanjaya negara yang mengkaji kesan sampingan vaksin itu.
Suruhanjaya Nasional untuk Kajian dan Pencegahan Peristiwa Mudarat Berikutan Imunisasi bersama-sama Kementerian Kesihatan dan Agensi Makanan dan Ubat-Ubatan (BPOM) telah melakukan pemantauan aktif dan pasif untuk mendapatkan rumusan ini.
Pengerusinya Prof. Hinky Hindra Irawan Satari berkata: "Vaksin menjalani penilaian ketat menerusi pelbagai peringkat percubaan klinikal melibatkan jutaan peserta sebelum diluluskan. Pemantauan diteruskan sehingga selepas pengedaran.
Beliau mengeluarkan kenyataan itu berikutan satu laporan media di United Kingdom yang melaporkan AstraZeneca memaklumkan vaksin Covid-19 keluarannya mungkin menyebab kesan sampingan yang jarag ditemui dikenali sebagai TTS (trombosis dengan sindrom thrombocytopenia)
Indonesia berada di kedudukan keempat di peringkat global dalam usaha vaksinasi dengan 453 juta dos vaksin disuntik kepada penerima termasuk 70 juta dos AstraZeneca.
Hinky berkata pemantauan aktif untuk potensi simptom berkaitan vaksin, termasuk TTS dijalankan merentasi 14 hospital di tujuh wilayah selama setahun sejajar dengan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Kami memerhatikan dari Mac 2021 hingga Julai 2022, melanjutkan pemantauan bagi memastikan saiz sampel mencukupi. Biarpun dilanjutkan, tiada kes TTS dikaitkan dengan vaksin AstraZeneca ditemukan," katanya.
Berikutan rumusan daripada pemantauan aktif itu, beliau berkata suruhanjaya itu meneruskan pemantauan pasif dan tiada laporan kes TSS diterima.
TSS adalah keadaan yang jarang berlaku dengan cirinya terdapat darah beku dan kiraan platelet yang rendah serta berpotensi mengakibatkan gejala yang teruk.
"Peristiwa mudarat berikutan pelalian lazimnya berlalu dalam empat hingga 42 hari selepas divaksin. Malah jika kes TSS dikesan di Indonesia, ia mungkin tiada kaitan dengan vaksin COVID-19 disebabkan pengaturan waktu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024
Indonesia berada di kedudukan keempat di peringkat global dalam usaha vaksinasi dengan 453 juta dos vaksin disuntik kepada penerima termasuk 70 juta dos AstraZeneca. - Gambar hiasan/AP
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Suruhanjaya Nasional untuk Kajian dan Pencegahan Peristiwa Mudarat Berikutan Imunisasi dan BPOM melakukan pemantauan bagi membuat rumusan.
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
Khairy, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin COVID-19
Sekumpulan rakyat Malaysia memfailkan saman terhadap KKM, Khairy Jamaluddin dan Dr Noor Hisham selepas mendakwa menjadi mangsa kepada kesan sampingan akibat vaksin COVID-19.
Puluhan ribu lelaki berisiko alami pembesaran payu dara
Akibat pengambilan steroid secara salah, puluhan ribu lelaki warga Britain mengalami risiko pembesaran payu dara.
107,844 terima dos penggalak kedua, tiada laporan kesan sampingan diterima - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menerima sebarang laporan berhubung kesan sampingan dos penggalak kedua.
Lapor, dapatkan rawatan jika alami kesan serius vaksin - KP Kesihatan
Penerima vaksin COVID-19 yang mengalami kesan sampingan serius atau berpanjangan dinasihat merujuk kepada fasiliti kesihatan berhampiran dan mendapatkan rawatan segera.
Vaksin COVID-19: Pantau tahap kesihatan selepas terima dos penggalak
Antara kesan sampingan yang perlu diberi perhatian sekiranya dialami lebih daripada tiga hari ialah demam.
KKM terima lapan laporan AEFI PICKids, semuanya kesan sampingan ringan
Jumlah itu membabitkan hanya 0.006 peratus daripada keseluruhan 246,868 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang telah divaksin.
COVID-19: Jangkitan berulang boleh beri impak psikologi
Kesan sampingan akibat jangkitan kali kedua menjejaskan urusan harian Muhamaad Faizal yang bekerja sebagai eksekutif jualan.