Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan wujudnya komplot menjatuhkannya sebagai Perdana Menteri membabitkan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti yang didakwa oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau yang juga Presiden UMNO, menyifatkan dakwaan itu adalah tidak masuk akal kerana beliau sangat mengenali Datuk Seri Zahid sejak sekian lama dan sama-sama mengharungi penat lelah dalam perjuangan.
Malah menurutnya beliau lebih tahu kisah susah payah Zahid dalam UMNO sehingga pernah ditahan ISA ketika pemerintahan Tun Mahathir sewaktu masih menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO satu ketika dahulu.
Justeru cerita kononnya Zahid bertemu dengan Tun Mahathir sejurus selepas dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri untuk meminta sokongan untuk menjatuhkannya adalah tidak masuk akal sama sekali.
"Sekarang dia (Tun Mahathir) hendak lagakan saya dengan Datuk Zahid. Saya dah lama berkawan dengan Zahid. Sayalah orang yang mempertahankan beliau sewaktu saya menjadi Ketua Pemuda dulu. Ketika itu Datuk Zahid nak bertanding dengan Ketua Bahagian di sana. Saya turun ke sana untuk pertahankan beliau.
"Dan sewaktu dia dalam tahanan ISA di zaman Tun ada dua orang pegawai datang jumpa beliau paksa beliau tandatangan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO. Kemudian pegawai itu datang semula paksa pulak Zahid tandatangan satu surat kononnya dia tandatangan surat peletakan jawatan itu secara rela tanpa paksa," katanya ketika menyampaikan ucapan Mesyuarat Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Shah Alam di sini hari ini.
Pada Jumaat, Ahmad Zahid menafikan beliau terlibat dengan sebarang konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri.
Jelasnya, beliau mempunyai cukup bukti dalam bentuk rakaman bahawa Dr Mahathir yang mencadangkan agar Najib dijatuhkan sebagai perdana menteri melalui undi tidak percaya di Parlimen.
BACA: Dakwaan jatuhkan PM - Zahid sedia lafaz 'sumpah laknat'
Baru-baru ini, Dr Mahathir mendakwa Ahmad Zahid telah bertemu dengannya untuk meminta sokongan bagi menggantikan Najib selaku perdana menteri.
Kenyataan Dr Mahathir itu dibuat selepas Ahmad Zahid mengeluarkan kenyataan berhubung keturunan bekas perdana menteri itu yang didakwa berdarah campuran India pada mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya baru-baru ini.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Aug 06 2017
Perdana Menteri berkata, beliau lebih tahu kisah susah payah Zahid dalam UMNO sehingga pernah ditahan ISA ketika pemerintahan Tun Mahathir sewaktu menjadi Ketua Pemuda UMNO satu ketika dahulu. - Foto Bernama
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Isunya bukan takut, tapi Mahathir cuba menghasut - Nazri
Mohamed Nazri berkata beliau 'pelik' dengan sikap Mahathir yang sangat prihatin dengan nasib orang Melayu ketika tidak ada kuasa.
Pemilihan UMNO: 10 ketua wanita Perak menang tanpa bertanding, tujuh muka baharu
Sepuluh ketua wanita UMNO bahagian di Perak diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026.
Singapura: Remaja 18 tahun rancang letup kubur Habib Noh ditahan bawah ISA
Seorang pelajar warga Singapura berusia 18 tahun ditahan pada Disember 2022 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Saifuddin ulangi tidak perlu pinda Sosma buat masa ini
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengulangi pendiriannya untuk tidak meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) buat masa ini.
Benarkah kanabis bantu rawat gangguan bipolar?
Isu penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan pada hakikatnya bukanlah sesuatu yang baharu dan ia kembali hangat diperkatakan.
Dua rakyat Singapura dibebaskan daripada tahanan ISA
Dua rakyat Singapura yang terlibat dengan aktiviti radikal dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), masing-masing pada Januari dan Februari 2022.
Usaha menyatukan UMNO-Pas sudah bermula sejak 1998 - Ahmad Zahid
Hubungan kedua-dua parti masih berjalan meskipun ada pihak tidak berapa senang dan berterusan mencari jalan untuk merenggangkan mereka.
Remaja 16 tahun ditahan rancang serangan dua masjid di Singapura
Pihak keselamatan Singapura telah menahan seorang remaja lelaki tempatan berusia 16 tahun di bawah ISA.
Ramkarpal tempelak Tun Mahathir jika benar ada hasrat kembali jadi PM
Ahli Parlimen Bukit Gelugor daripada DAP Ramkarpal Singh menempelak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya ingin kembali memegang jawatan itu.
Mohd Isa dedah perangai bekas pegawai khasnya
Isa berkata Muhammad Zahid seorang yang suka lompat-lompat parti dan mengaitkan orang lain untuk melepaskan tengkuknya.