KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memastikan kestabilan politik negara demi kepentingan menjaga kesejahteraan dan kebajikan Keluarga Malaysia dalam berdepan pascapandemik dan fasa peralihan ke endemik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata, pendekatan 'tembok besi' antara kerajaan dan pembangkang tidak lagi boleh diambil kerana kestabilan politik demi menjaga kebajikan Keluarga Malaysia adalah lebih penting.
"(Kerajaan) pastikan suasana politik negara stabil, walaupun kita (kerajaan) terpaksa berkorban dengan bekerja, berkongsi dan merancang bersama pihak lawan (pembangkang) yang dahulunya kita dipisahkan dengan 'tembok besi' antara kerajaan dan pembangkang.
"Ego mesti ditanam dalam-dalam, berpuak-puak yang berlebih-lebihan mesti ditolak jauh-jauh, politik solo, semberono, rasa segala-galanya boleh dibuat sendiri bukan formula yang sesuai untuk sekarang... kita perlukan prinsip al-Ta'ayush atau kebersamaan dan muafakat," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran logo dan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 di Angkasapuri di sini hari ini.
Annuar berkata, konsep keprihatinan juga perlu diteruskan antara rakyat dengan rakyat, rakyat dengan kerajaan, kerajaan dengan kerajaan dan sebagainya kerana dalam suasana ketika ini negara perlu bergerak ke hadapan bersama nilai-nilai tertentu yang akan didukung Keluarga Malaysia.
Sementara itu, Annuar yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berkata, pengurusan pascaCOVID-19 bukan sesuatu yang mudah seperti disangkakan oleh sesetengah pihak.
"Dalam kegawatan itu ada pihak yang cuba ambil kesempatan dalam kesempitan, menahan lukah di pergentingan, mencari laba (keuntungan) politik jangka pendek untuk menjadi popular dengan menjadi pengkritik dan pencacai yang sememangnya mudah.
"Dunia dan negara telah buktikan orang yang terlalu permudahkan masalah rakyat, bila dapat peluang untuk uruskan, mereka jadi orang-orang yang gagal sebab semua nak ambil pendekatan yang 'simplistic' (terlalu mudah)... semua yang kerajaan buat semuanya tak kena.
"Orang kata mudah diucapkan daripada melakukan, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul... setakat tengok belum pikul belum tahu," katanya.
Annuar berkata, berdasarkan sejarah, individu yang sebelum ini mengkritik kerajaan kelihatan bijak, hebat dengan idea yang pelbagai, namun apabila diberi peluang mentadbir akhirnya mereka tidak dapat melaksanakannya kerana menguruskan negara bukan perkara yang mudah.
Semalam, Annuar mempengerusikan mesyuarat pertama pasukan yang dianggotai Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Sementara itu, Annuar menegaskan, kerajaan mengambil kira semua aspek terutama kemampuan rakyat sebelum mengambil keputusan bagi mengawal harga barangan di pasaran.
Memberi contoh harga ayam, beliau berkata, walaupun harga ayam di negara jiran jauh lebih tinggi disebabkan kesan inflasi, kerajaan mengambil keputusan untuk tetap tidak mengapungkan harga ayam demi keperluan rakyat.
"Adakah rakyat bersedia membeli ayam lebih harga RM10? Maka, kerajaan Keluarga Malaysia tetap tidak mengapungkan harga ayam dan ditetapkan harga siling bawah RM10 dan RM1.1 bilion dibelanjakan untuk tujuan itu," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022
Annuar Musa (depan, tengah) menunjukkan logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022. "Keluarga Malaysia Teguh Bersama" dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini. - Gambar BERNAMA
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
KPT bantu urus bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand
Zambry berkata pihaknya sedang mendapatkan maklum balas dan maklumat lengkap berhubung pelajar terlibat daripada Kementerian Luar (Wisma Putra).
Kerajaan tanggung RM2 bilion subsidi petrol sebulan, jika tangguh pelaksanaan subsidi bersasar
Kerajaan perlu mematuhi jadual pelaksanaan penstrukturan semula subsidi pukal kepada subsidi bersasar tahun ini.
Program Repatriasi Migran: Lebih RM9 juta kompaun dikutip setakat ini
Program berkenaan dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Disember depan.
Pemimpin masyarakat, agensi kerajaan perlu bantu usaha noktah kemiskinan tegar - Azman
Peranan pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan sangat penting untuk memantau serta memberikan laporan kepada pihak kerajaan.
Kerajaan capai sasaran defisit fiskal pada 2023 - Kementerian Kewangan
Paras defisit fiskal diunjur terus berkurang kepada 4.3 peratus pada 2024 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 melibatkan pinjaman baharu berjumlah RM85.4 bilion.
Kerajaan komited perluas ekonomi digital, penuhi keperluan pelabur
Langkah itu juga seiring dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai gabungan faktor unik dan menjadi hab pelaburan utama di Asia Tenggara.
Kerajaan sentiasa beri peluang kepada golongan berpendapatan rendah miliki rumah
Peluang buat golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri dibuka antaranya melalui program Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Setiausaha Akhbar, UKK perlu rangka naratif lawan fitnah, tipu daya - PM
Ia untuk menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat.
Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.
Kerajaan, pesara hakim diberi tempoh sebulan selesai saman berhubung isu pencen
Mahkamah Tinggi memberi tempoh sebulan kepada kerajaan dan 35 individu untuk mencapai kata sepakat berhubung penyelesaian dalam kes saman membabitkan isu pencen.