KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan menyenaraikan 'bak kut teh' dalam senarai makanan warisan negara terus menjadi perdebatan dan turut menjadi antara topik hangat di Dewan Rakyat pada Isnin.
Teresa Kok (PH - Seputeh) antara yang membawakan isu tersebut, menegaskan pengiktirafan itu tidak harus dipertikai kerana ia dijangka mampu menarik ramai pelancong ke Malaysia.
Menurutnya, 'bak kut teh' dicipta di Malaysia dan andai tidak dijadikan warisan, beliau bimbang negara jiran pula akan berbuat demikian dan sekali gus mengelirukan pelancong luar negara.
Beliau juga menasihatkan pemimpin muda untuk belajar daripada Ketua Penerangan Muslimat Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad yang sebelum ini menghasilkan dan mempromosikan bak kut teh halal.
"Saya harap pemimpin muda di dalam Kerajaan Perpaduan yang kuat menentang 'bak kut teh' dijadikan makanan warisan ini boleh belajar daripada pemimpin Muslimat Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad yang mempromosikan makanan 'bak kut teh' halal sebagai usaha untuk memupuk perpaduan nasional.
"Saya juga harap orang muda ini boleh belajar daripada rakan-rakan lebih senior seperti Kinabatangan yang sudah menjadi semakin matang dalam pendekatan politiknya," katanya.
Selain Teresa Kok, isu tersebut turut dibangkitkan Misbahul Munir Masduki (PN - Parit Buntar) yang menegaskan, kerajaan harus memberi penerangan kepada rakyat berhubung isu tersebut.
"Kita tidak ada masalah untuk menerima 'bak kut teh' sekiranya ia benar-benar halal, yang dimaksudkan oleh Seputeh tadi, ia memperkenalkan suatu sup yang dibuat daripada tulang kambing, bukan tulang babi. Kita tiada masalah (kalau tulang kambing).
Teresa: “Bak kut teh tak semestinya dengan daging babi, boleh vegetarian juga. Boleh ada makanan laut, kambing boleh, lembu pun.
Misbahul Munir: “Betul, saya percaya, masalahnya orang masih faham 'bak kut teh' ini dibuat daripada tulang babi melainkan kerajaan memberikan penerangan sejelas-jelasnya bahawa 'bak kut teh' ada yang halal.
“Ada yang haram. 'Bak kut teh' yang diperkenalkan Pas adalah bak kut teh yang dibuat daripada sup tulang kambing, tulang ayam, rusa itik, dan sebagainya.
“Kami tiada masalah. Kalau Seputeh nak belanja kami makan bak kut teh dari tulang kambing, kami tiada masalah, bawa esok,” katanya.
Ridauddin Daud
Mon Mar 04 2024
Teresa Kok (kiri) dan Misbahul Munir Masduki. - Gambar fail
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara ini bakal dirasmikan 10 Mei ini.
Utara Gaza hadapi kebuluran yang mungkin merebak ke selatan
Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke sela
Tumpuan Ahad - 05 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
10 Berita Pilihan - (04 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
AWANI Ringkas: Bersih anjurkan kongres Mei depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siklon Hidaya hampiri Tanzania
Tanzania berada dalam keadaan berjaga-jaga pada Sabtu apabila Siklon Hidaya bergerak menghampiri kawasan pantai, membawa bersamanya hujan lebat, angin kencang dan ancaman ribut.
[KOLUMNIS] Kontrak sosial: Antara polemik dan tanggungjawab
Tanggungjawab dalam menjayakan agenda kontrak sosial perlu dipenuhi oleh semua warganegara Malaysia.
Pengiktirafan bak kut teh hidangan warisan tiada kaitan isu agama, bangsa - King Sing
King Sing berkata, pengiktirafan berkenaan dibuat mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).
UMNO Putrajaya bantah 'bak kut teh' disenarai makanan warisan negara
UMNO Bahagian Putrajaya membantah tindakan kerajaan yang menyenaraikan 'bak kut teh' sebagai makanan warisan negara.
Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir
Teresa Kok antara yang membawakan isu tersebut, menegaskan pengiktirafan itu tidak harus dipertikai kerana ia dijangka mampu menarik ramai pelancong ke Malaysia.
Jawatankuasa bantah bak kut teh sebagai makanan tradisi
Satu jawatankuasa akan dipanggil bagi tujuan membantah cadangan memperkenalkan bak kut teh sebagai salah satu makanan warisan rakyat Malaysia.
Empat keping gambar ditemui dalam komputer riba Alvin Tan - Saksi
SKMM temui tiga keping gambar dengan kapsyen "Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh...fragrant, delicious and appetising) dalam komputer riba milik Alvin Tan.
Kes Alvin dan Vivian persenda umat Islam di mahkamah disebut semula 14 April
Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 14 April untuk sebutan semula kes pasangan blogger kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang menghadapi tiga pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan.