awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada masjid ditutup di Shah Alam

Bernama
Bernama
15/03/2020
06:14 MYT
Tiada masjid ditutup di Shah Alam
Jabatan Agama Islam Selangor menafikan Masjid Al Munawwarah, Seksyen 27, Shah Alam ditutup. - Gambar fail
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan Masjid Al Munawwarah, Seksyen 27, di sini ditutup sementara waktu termasuk solat fardhu berikutan seorang jemaahnya dipercayai dijangkiti virus COVID-19.
Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, arahan itu tidak dikeluarkan oleh pihaknya dan masjid berkenaan tidak pun ditutup dan malah diarah terus dibuka.
"Apa-apa keputusan akan dibuat selepas JAIS membuat semua pertimbangan, saya telah arahkan masjid terus melakukan solat fardhu lima waktu dengan menetapkan langkah-langkah kawalan yang lebih ketat dan pembersihan permis perlu dilakukan segera dengan kerjasama Kementerian Kesihatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan penutupan masjid berkenaan, yang tular dalam laman sosial.
BACA: Kes jangkitan COVID-19 di Indonesia diramal capai kemuncak Ramadan ini
BACA: COVID-19: Bagaimana China berjaya turunkan jumlah jangkitan secara mendadak
Mohd Shahzihan berkata, pihak masjid juga diminta memaklumkan kepada jemaah agar mereka yang telah dikenalpasti positif atau sedang menunggu keputusan dan semua yang ada kontek dengan mereka yang dijangkiti COVID-19 untuk melakukan kuarantin di rumah masing-masing mengikut arahan Kementerian Kesihatan.
Terdahulu, sebuah media tempatan menerusi laman webnya melaporkan masjid berkenaan ditutup buat sementara waktu hari ini, selepas seorang jemaahnya positif COVID-19 selepas pulang dari bercuti di Vietnam. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID19
#Jabatan Agama Islam Selangor
#JAIS
#Masjid Al Munawwarah
#Seksyen 27
#Selangor
#shah alam
#tiada masjid ditutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan