BATU PAHAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendapati dalam tempoh 10 hari berpuasa hingga semalam, tiada peniaga yang menjual "ayam bulat" melebihi harga siling ditetapkan iaitu RM9.40 sekilogram.
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata bagi memastikan peniaga terus patuh dengan harga ditetapkan itu, pihaknya bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) serta pemain industri akan sentiasa peka sepanjang masa.
Katanya libat urus ketiga-tiga pihak secara bersama akan dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi memastikan harga siling yang ditetapkan itu kekal hingga Aidilfitri nanti.
"Sekali lagi saya nak tekankan hari ini (berhubung) harga dan bekalan ayam walaupun ada desas-desus mengatakan ia tidak mencukupi, KPDN akan sentiasa peka dan libat urus akan dilakukan seminggu tiga kali.
"Ini bagi memastikan keberadaan ayam bulat khususnya di pasaran mencukupi, bukan itu sahaja peniaga juga perlu patuh dengan harga ditetapkan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Edaran Bubur Lambuk dan Agihan Baucar Rahmah di Pasar Raya Econsave Yong Peng di sini hari ini.
Terdahulu, 100 penerima yang terjejas bencana banjir menerima Baucar Rahmah bernilai RM200 untuk kegunaan pembelian barangan keperluan harian selain Pasar Raya Econsave mengedarkan bubur lambuk tanda simbolik edaran sebanyak 200,000 bungkus di seluruh negara.
Jelas Salahuddin lagi, dalam tempoh berkenaan juga bukan sahaja tiada peniaga yang menjual ayam bulat melebihi harga siling, malah ada sebahagiannya terutama pasar raya termasuk Pasar Raya Econsave menjualnya di bawah harga ditetapkan.
Dalam pada itu, Pasar Raya Econsave turut menyahut seruan untuk mengadakan Jualan Rahmah dengan menurunkan harga bagi 1,003 barang keperluan antara tiga dan 50 peratus hingga 30 April ini.
Salahuddin berkata penurunan harga seperti itu memberikan kesan sangat besar kepada kemampuan rakyat untuk berbelanja sebagai persiapan menyambut kedatangan hari lebaran.
"Pemain industri seperti Econsave juga sudah memberikan jaminan kepada pihak kami untuk memberikan harga terbaik kepada orang ramai yang semestinya tidak akan membebankan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 02 2023
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendapati dalam tempoh 10 hari berpuasa hingga semalam, tiada peniaga yang menjual "ayam bulat" melebihi harga siling ditetapkan iaitu RM9.40 sekilogram. - Gambar fail
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Presiden Jokowi lawat pasar di Wilayah Jambi
Jokowi menekankan kepentingan menambah baik pasar untuk kesejahteraan peniaga dan keperluan memantau harga barangan keperluan.
Perdana Menteri luang masa tinjau bazar Ramadan di Kangar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Persiaran Wawasan di sini, bersempena dengan lawatan singkatnya ke Perlis.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
Sebanyak 496 notis dikeluarkan terhadap peniaga menerusi Ops Kesan 2024
Sebanyak 496 notis telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sehingga semalam menerusi Ops Kesan 2024 terhadap peniaga-peniaga yang didapati melakukan perub
Mengaku dua tuduhan rasuah, peniaga didenda RM20,000
Dia didakwa memberi suapan wang tunai RM3,000 kepada seorang pegawai TNB sebagai satu balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan.
Peniaga bazar perlu jujur menjual juadah, jaga keberkatan Ramadan
Pernah atau tidak anda membeli makanan basi, atau tertipu dengan imej makanan yang tidak sama dengan dihidangkan di bazar Ramadan?
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
Ops Kesan bermula 1 Mac, pantau kenaikan cukai perkhidmatan
Kementerian Perdagagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memulakan Ops Kesan 2024 bermula 1 Mac.
Video tular Pasar Siti Khadijah bukan gambaran sebenar - Peniaga
Mereka mendakwa, setiap hari pasar itu meriah dengan kehadiran pelancong domestik yang mahu menikmati makanan dan membeli barangan terutama pada musim cuti perayaan serta persekolahan.