awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rakyat Malaysia terbabit rusuhan di Jakarta

Bernama
Bernama
24/05/2019
14:23 MYT
Tiada rakyat Malaysia terbabit rusuhan di Jakarta
Polis menyuraikan penunjuk perasaan di Tanah Abang, Jakarta, Indonesia, 22 Mei, 2019. Antara Foto/Galih Pradipta/ via REUTERS
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam siri rusuhan pasca pilihan raya Indonesia di sekitar Jakarta sejak kelmarin.
Beliau berkata kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di ibu negara itu dan memberi jaminan kementeriannya akan terus mengikuti perkembangan semasa di negara itu.
"Kita berharap keadaan akan segera pulih seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar Perdana Ramadan Persatuan Penggerak Muafakat Pahang, di sini, hari ini.
Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Indonesia supaya menjauhi kawasan-kawasan tumpuan peserta demonstrasi seperti Tanah Abang, Tamrin, Sabang dan Menteng.
Media sebelum ini melaporkan enam terkorban dan 200 lagi cedera dalam rusuhan di Indonesia yang dipercayai berpunca daripada demonstrasi membantah keputuan Pilihan Raya Presiden Indonesia.
Pada perkembangan lain, Saifuddn memberi jaminan kerajaan akan membantu rakyat Malaysia, P Pannir Selvam, 32, mendapat nasihat guaman terbaik untuk mencabar proses pengampunan terhadap hukuman mati ke atasnya di Singapura.
Saifuddin mengesahkan beliau telah berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hal Ehwal Parlimen), Datuk Liew Vui Keong dan mencapai persetujuan supaya Liew menangani kes berkenaan.
Semalam, media melaporkan Mahkamah Rayuan Singapura membenarkan permohonan Pannir Selvam untuk menangguhkan hukuman mati yang dihadapinya dan membolehkan beliau mencabar proses pengampunan.
Pannir Selvam dijatuhkan hukuman itu pada 27 Jun 2017 oleh Mahkamah Tinggi negara itu kerana mengedar 51.84 gram diamorphine di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 3 Sept 2014.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bawa pulang
#hukuman mati
#Indonesia
#Jakarta
#Mahkamah Rayuan
#nasihat guaman
#P Pannir Selvam
#pengampunan
#pilihan raya
#Pilpres 2019
#presiden
#rakyat Malaysia
#rusuhan
#Saifuddin Abdullah
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan