KUALA LUMPUR: Saksi utama pendakwaan dalam kes rasuah membabitkan Lim Guan Eng memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa beliau tidak ada menyebut penyerahan wang RM2 juta kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu atau Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak.
Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 65, berkata dalam perbualan WhatsApp dengan seorang ahli perniagaan G.Gnanaraja pada 17 Julai 2017, Zarul Ahmad berkata beliau yang menyebut mengenai 'coklat' (wang RM2 juta) dan ia bukan disebut oleh Gnanaraja.
Haijan: Dalam perbualan WhatsApp pada 17 Ogos 2023, "CM" itu merujuk kepada siapa?
"Lim Guan Eng," katanya ketika pemeriksaan utama peguam, Haijan Omar pada prosiding mencabar kredibiliti saksi berkenaan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Saksi itu bersetuju dengan peguam bahawa dalam WhatsApp itu beliau tidak ada menyebut penyerahan wang RM2 juta untuk 'CM' atau untuk PM (Perdana Menteri) atau Datuk Seri Najib Razak.
Ditanya peguam RSN Rayer mengenai perbualan WhatsApp antara Zarul Ahmad dan G.Gnanaraja pada 23 Julai 2017, saksi itu berkata Gnanaraja memaklumkan kepadanya bahawa beliau akan berjumpa dengan 'Big Boss' iaitu merujuk kepada Najib di Taman Duta.
Rayer: Pada 23 Julai 2017, Gnanaraja kata beliau sambut birthday 'Big Boss' dan akan jumpa 'Big Boss' di Taman Duta, jadi 'Big Boss' adalah merujuk kepada Datuk Seri Najib.
Zarul Ahmad: Ya.
Saksi itu bagaimanapun tidak bersetuju dengan peguam bahawa 'Big Boss' hanya merujuk kepada Najib kerana beliau turut menggunakan 'Big Boss' kepada individu lain.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 63, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.
Lim didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Saksi itu bersetuju dengan peguam bahawa dalam WhatsApp itu beliau tidak ada menyebut penyerahan wang RM2 juta untuk 'CM' atau untuk PM (Perdana Menteri) atau Datuk Seri Najib Razak. - Gambar fail/Astro AWANI
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Sarawak sasar juara keseluruhan Sukma XXI di Bumi Kenyalang
Abang Johari berkata, 9,927 atlet terpilih membawa cabaran Sarawak pada temasya dwitahunan itu harus tetapkan matlamat untuk capai kejayaan.
Serangan Rafah: Rakyat Palestin ratapi pemergian orang tersayang
Penduduk Palestin mengadakan solat jenazah untuk mereka yang terkorban di Rafah pada Khamis, ketika Israel meneruskan serangan di selatan Gaza.
Dana pilihan raya India: Modi dan Gandhi saling menuduh
Ambani dan Adani tidak memberi sebarang komen tentang siapa yang disokong dalam pilihan raya, manakala kedua-dua Modi dan Gandhi tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan mereka.
Tujuh terbunuh di Pakistan disyaki serangan etnik
Tujuh lelaki pekerja asing maut dipercayai ditembak oleh militan pemisah yang terbabit dalam keganasan etnik terhadap orang asing di barat daya Pakistan.
Junta Myanmar rancang adakan semula pilihan raya
Ketua Tentera Myanmar membincangkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya di negara itu bersama bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
Tiada sebut wang RM2 juta untuk Lim Guan Eng - Saksi
Lim didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.
Kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan: Bekas pengurusan JPM, MoF akan dipanggil
Bekas pengurusan tertinggi JPM dan MoF adalah antara 47 saksi pendakwaan yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Adam Radlan.
Kes VLN: Tarikh akhir rayuan pembebasan Zahid Hamidi 9 September
Tarikh 9 September ditetapkan sebagai tarikh untuk rayuan pendakwaan berhubung pembebasan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Kes rasuah: Nama Guan Eng timbul selepas kes Gnanaraja disiasat - Saksi
Seorang saksi mengaku di mahkamah bahawa nama Lim Guan Eng hanya ditimbulkan selepas lebih setahun kes rasuah membabitkan seorang ahli perniagaan di Shah Alam, disiasat.
Tiada bukti kod ‘salam’ kait Isa Samad dengan rasuah - Hakim
'Tiada bukti menunjukkan kod salam antara Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip berkaitan rasuah,' kata Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.
Saksi akui tidak beritahu SPRM RM2 juta untuk Lim Guan Eng
Menurut saksi, beliau tidak pernah menyatakan wang RM2 juta bertujuan diberikan kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Pasukan pembelaan Muhyiddin pertimbang kemuka rayuan
Pasukan pembelaan Tan Sri Muhyiddin akan mempertimbangkan secara serius, untuk membuat rayuan berhubung empat kes rasuah berjumlah RM232.5 juta dihadapinya.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Juruteknologi makmal didakwa 25 pertuduhan terima rasuah
Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas 25 pertuduhan menerima suapan sebanyak RM16,150, antara 2019 hingga tahun lalu.
Juruukur didakwa terima rasuah wang, motor Ysuku
Seorang juruukur bahan kanan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen pada Ahad, atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai dan motosikal.