KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul hari ini mengesahkan tiada usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikemukakan setakat ini bagi persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula 26 Februari ini.
"Tidak ada apa-apa surat permohonan untuk undi tidak percaya, saya tidak menerima apa-apa pun sama ada dalam bentuk hitam putih, e-mel atau panggilan, maknanya sehingga hari ini tidak ada apa yang akan berlaku kerana saya tidak menerima apa-apa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab dengan media sempena perjumpaan bersama ketua pengarang media dan agensi, berkaitan pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Parlimen, di sini hari ini.
Mengenai perjalanan persidangan, Johari berkata pihaknya akan memastikan mesyuarat kali ini berlangsung sebaiknya supaya darjat Parlimen diangkat sebagai tempat mulia dalam menggubal undang-undang negara.
Justeru beliau mengingatkan Ahli Parlimen untuk berbahas secara berhemah, berfakta, tidak beremosi dan saling menghormati bagi menjaga kedudukan istimewa Parlimen.
"Saya dah bincang dengan timbalan-timbalan saya, supaya pada kali ini kami akan mematuhi Peraturan Mesyuarat dengan bersungguh-sungguh, kami akan memberi perhatian serius terhadap Ahli Parlimen yang tak mengikut Peraturan Mesyuarat seperti yang termaktub.
Kerana waktu setahun berbulan madu sudah berakhir, sekarang adalah masa untuk berbincang secara serius untuk pelaksanaan ... saya akan menyampaikan dengan panjang lebar pemasyhuran, maklumat dan garis panduan pada hari pertama, perkara yang patut dan tidak patut dilakukan dan kami akan mematuhi perkara yang patut dan tidak patut dilakukan supaya masyarakat akan lihat kita lebih serius dalam mengendalikan Parlimen," katanya.
Selain itu Johari berkata beliau menantikan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang mempunyai visi tersendiri untuk negara sepanjang lima tahun pemerintahan Seri Paduka Baginda.
"Sudah tentu banyak keterujaan, terutamanya kami semua , di Parlimen untuk menghayati apakah titah Tuanku dan yang paling penting sekali bagaimana kita melaksanakan harapan Tuanku," katanya.
Dalam pada itu Johari berkata Parlimen kini ke arah penggunaan tenaga boleh dibaharui dan bakal beroperasi menggunakan sistem suria pada Jun ini.
Katanya tender pemasangan sistem suria itu telah dilaksanakan dan Jabatan Kerja Raya sedang menguruskan pemasangan sistem tersebut bagi membolehkan ia direalisasikan sepenuhnya tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024
Johari berkata pihaknya akan memastikan mesyuarat kali ini berlangsung sebaiknya supaya darjat Parlimen diangkat sebagai tempat mulia dalam menggubal undang-undang negara. - Gambar fail/Bernama
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.