awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak perlu ucapan hari lahir, salurkan dana ke Tabung Bencana COVID Negeri - Abang Johari

Bernama
Bernama
03/08/2021
09:30 MYT
Tidak perlu ucapan hari lahir, salurkan dana ke Tabung Bencana COVID Negeri - Abang Johari
Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa ramai kenalan rapat telah menyatakan hasrat untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Lahir kepada Abang Johari. - Gambar fail
KUCHING: Mereka yang bercadang untuk meletakkan iklan ucapan tahniah kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sempena ulang tahun kelahiran yang ke-71 esok, diminta tidak berbuat demikian sebaliknya menyalurkan dana untuk iklan kepada Tabung Bencana COVID-19 Negeri.
Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa ramai kenalan rapat telah menyatakan hasrat untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Lahir kepada Abang Johari.
"Dalam hal ini, beliau (Abang Johari) menghargai kebaikan dan ingatan semua tapi beliau telah menyatakan hasrat agar mereka tidak meletakkan iklan tetapi menyalurkan sumbangan kepada Tabung Bencana COVID-19 Negeri," katanya.
Abang Johari dilahirkan pada 4 Ogos 1950 di Limbang, Sarawak dan beliau juga anak kepada Gabenor pertama Sarawak Tun Abang Openg Abang Sapiee.
Beliau mengangkat sumpan sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam pada 13 Jan 2017 berikutan penyandang terdahulu Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia pada 11 Jan tahun sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#Sarawak
#ucapan hari jadi
#tabung COVID
#COVID-19
#selamat hari lahir
#Ketua Menteri Sarawak
#Tabung Bencana COVID-19 Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan