MALAYSIA
Tiga maut kereta bertembung bas ekspres

Ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi tersepit manakala pemandu bas mengalami kecederaan ringan. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA KRAI: Dua wanita dan seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kampung Sungai Sam di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi tersepit manakala pemandu bas mengalami kecederaan ringan.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Idris Mohamad berkata, kesemua mangsa meninggal di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Kami menggunakan alatan khas untuk mengeluarkan mangsa-mangsa yang tersepit," katanya dalam satu kenyataan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami