awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pelajar dakwa dibuli senior di asrama sekolah menengah agama

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
15/05/2022
13:34 MYT
Tiga pelajar dakwa dibuli senior di asrama sekolah menengah agama
Polis menerima tiga laporan berhubung kejadian pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah agama (SMA) berasrama penuh di Nilai yang dipercayai dibuli dan dipukul oleh pelajar senior. - Gambar hiasan
NILAI: Polis menerima tiga laporan berhubung kejadian pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah agama (SMA) berasrama penuh di Nilai yang dipercayai dibuli dan dipukul oleh pelajar senior.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pihaknya telah mengesan dua pelajar senior yang dipercayai terlibat dan sedang mengenal pasti penglibatan pelajar lain dalam kejadian itu.
“Pihak polis telah menerima tiga laporan semalam daripada tiga pelajar tingkatan dua yang mendakwa mereka telah dipukul oleh pelajar yang lebih senior sehingga menyebabkan kecederaan di beberapa bahagian badan.
“Siasatan awal juga telah mengenal pasti dua pelajar senior tingkatan empat yang dipercayai boleh membantu siasatan dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, kecederaan yang dialami dalam insiden berkenaan didakwa menyebabkan mangsa-mangsa terlibat terpaksa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
“Siasatan lanjut khusus dalam mengenal pasti punca kejadian serta pelajar lain yang terlibat sedang dijalankan dan kesemua mangsa telah menerima rawatan sebagai pesakit luar.
“Pihak polis menasihatkan orang ramai untuk tidak memanipulasikan kejadian ini sehingga boleh menyebabkan kegusaran awam yang mana perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” tambahnya.
Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Topic Berkaitan
#buli
#asrama
#sekolah menengah agama
#nilai
#dibuli senior
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan