Tiga pengarang portal berita The Malaysian Insider (TMI) telah dibebaskan dari balai polis Dang Wangi selepas pihak polis selesai mengambil keterangan.
Pengarang Urusan, Lionel Morais; Pengarang Rencana dan Analisis, Zulkifli Sulong; dan Pengarang Berita, Amin Iskandar dibebaskan sekitar jam 8.45 malam hari ini.
Permohonan reman terhadap mereka telah ditolak Majistret Mohd Nazri Omran tengah hari tadi.
BACA: Permohonan reman tiga pengarang TMI ditolak
Perkara tersebut telah disahkan oleh peguam yang mewakili mereka, Syahredzan Johan melalui Twitternya.
Syahredzan juga mengesahkan Ketua Eksekutif TMI, Jahabar Sadiq dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media The Edge, Ho Kay Tat, yang ditahan pada pagi ini, ditahan semalaman di balai polis Dang Wangi.
Permohonan reman bagi kedua-duanya akan dibuat pada jam 10.30 pagi esok.
BACA: Selepas 3 pengarang, penerbit The Edge dan CEO TMI pula ditahan polis
Morais, Zulkifli and Amin Shah ditahan pihak polis di pejabat TMI di Mutiara Damansara pada Isnin kira-kira jam 5.50 petang. Penahanan mereka bertiga adalah berikutan aduan yang dibuat oleh beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional berkaitan laporan portal berita itu berhubung keputusan Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.
Kesemua mereka telah disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sementara itu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ), Institut Kewartawanan (IoJ) dan Kelab Koresponden (Wakil Media) Luar Negara Malaysia (FCCM) mengecam penahanan lima wartawan tersebut.
BACA: NGO bidas tindakan polis tahan pengarang berita
Bernama turut melaporkan pengesahan pembebasan Lionel, Zulkifli dan Amin oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad.
"Sementara dua lagi berumur 47 dan 56 tahun yang ditahan pada 11 pagi tadi, kami akan mohon tahanan reman esok," katanya.
Astro Awani
Tue Mar 31 2015
(Dari kiri) Pengarang Berita, Amin Iskandar; Pengarang Rencana dan Analisis, Zulkifli Sulong dan Pengarang Urusan, Lionel Morais telah dibebaskan.
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
Kulit paha Faisal mungkin diguna untuk tampal luka lecuran
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan.
Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Begitupun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut.
[TERKINI] Sidang Media Program Innovathon Musim Kedua
Ikuti langsung sidang media program Innovathon Musim Kedua bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk pulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Enam bekas penuntut UPNM buli, bunuh Zulfarhan - Pendakwaan
Pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan menjatuhi enam bekas penuntut UPNM hukuman mati kerana membuli dan menyebabkan kematian (bunuh) rakan mereka, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja
Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya.
Exco Pelancongan Perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan
Tony Pua selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Isnin.
Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor
Lelaki itu dipercayai mengeluarkan hantaran itu menerusi akaun Facebook dengan nama 'Indera Mulia' pada 20 April lepas.
Roslizal Razali telah ditahan - PDRM
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.
Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron
Akta sedia ada telah mengambil kira pelbagai aspek kawalan bagi mengekang unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian.
Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan, perkara itu pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjatuhkan Dr Mahathir pada 2020.
'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri
Gesaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin kerajaan sepatutnya ditangkap kerana menghasut amat tidak masuk akal.
Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia
Polis Hulu Selangor menegaskan bahawa segala kenyataan yang telah tular mendakwa mangsa terbabit meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.
Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum
Dalam konteks Malaysia, kawalan masih perlu ke atas kandungan yang dihasilkan tetapi dalam kategori minimum.
Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal
Dasar tersebut merupakan perkara baharu diperkenalkan selepas Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara.