awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Salman jalani pemeriksaan perubatan – Istana Diraja Arab Saudi
Belanjawan setahun dijamin, gesa penubuhan tabung pembinaan semula - Ketua pentadbiran Gaza
Keadaan kembali tenang selepas seminggu kekacauan - Ketua Polis Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga penjenayah edar dadah maut berbalas tembakan dengan polis

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
06/12/2019
07:10 MYT
Tiga penjenayah edar dadah maut berbalas tembakan dengan polis
Polis turut berjaya merampas 800 gram dadah jenis syabu beranggar RM100,000, 11 laras senjata api pelbagai jenis, wang tunai, senjata tajam dan beberapa butir peluru. - Astro AWANI/PDRM
Tiga penjenayah dipercayai pengedar dadah maut dalam insiden berbalas tembakan di ladang Kaswel, Kampung Sinar Jaya, Kinabatangan pagi semalam.
Dalam kejadian antara jam 2.30 hingga 3.30 pagi Khamis itu, ketiga-tiga suspek lelaki warga asing berusia lingkungan 30 hingga 50-an tersebut, ditembak mati oleh pasukan polis yang menjalankan Op Laras Bersepadu Khas di lokasi berkenaan.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, kesemua suspek dipercayai terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah dan memiliki senjata api secara haram.
Beliau berkata, kejadian berbalas tembakan itu berlaku dalam dua insiden berbeza melibatkan serbuan ke atas empat buah rumah yang berhampiran di ladang tersebut.
Tambahnya, dalam dua insiden berasingan itu, suspek dikatakan melepaskan tembakan terlebih dahulu kepada polis sebelum pasukan terlibat terpaksa membalas untuk mempertahankan diri.
"Hasil dari siasatan lanjut pihak cawangan khas Sabah atas maklumat ini didapati bukan sahaja berkaitan dadah tetapi juga memiliki senjata api secara haram iaitu jenis pistol, bakakuk dan senapang angin.
"Dipercayai kumpulan ini juga membuat senjata api jenis bakakuk," katanya.
Zaini berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kota Kinabalu, pada Jumaat.
Selain daripada kejayaan polis menembak mati tiga penjenayah tersebut, beliau berkata, pihaknya turut berjaya merampas 800 gram dadah jenis syabu beranggar RM100,000, 11 laras senjata api pelbagai jenis, wang tunai, senjata tajam dan beberapa butir peluru.
Tambah beliau, dua buah keluarga terdiri daripada enam individu warga asing yang berusia lingkungan 2 hingga 34 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.
"Kedua-dua kes ini disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Senjata Api (PLB) 1971 dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/1963," katanya.
Mengulas lanjut, Zaini berkata, kumpulan tersebut dipercayai melakukan aktiviti pengedaran dadah di sekitar kawasan ladang Kaswel, Kampung Sinar Jaya, Kinabatangan.
Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan menyeluruh mengenai insiden itu.
Topic Berkaitan
#jenayah
#Kota Kinabalu
#PDRM
#penjenayah maut
#polis
#polis tembak mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan