awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga sekeluarga maut terperangkap dalam kebakaran di Kampung Lindungan

Bernama
Bernama
14/06/2019
02:20 MYT
Tiga sekeluarga maut terperangkap dalam kebakaran di Kampung Lindungan
Kebakaran terbabit bermula dari tingkat bawah kediaman itu yang terbakar 100 peratus. - Foto Bernama
Tiga sekeluarga maut dalam sebuah insiden kebakaran rumah teres tiga tingkat di Kampung Lindungan, Petaling Jaya awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norizham Mohd Nudin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 2.47 pagi sebelum mengerahkan anggotanya ke tempat kejadian.
"Pihak bomba bergegas menghantar 20 anggota dan tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya serta BBP Subang dan tiba di tempat kejadian 12 minit kemudian.
"Insiden berkenaan membabitkan dua lelaki dan seorang wanita yang didapati telah terperangkap. Seorang mangsa turut rentung,” katanya ketika dihubungi.
Foto Bernama
Foto Bernama
Norizham berkata kebakaran terbabit bermula dari tingkat bawah kediaman itu yang terbakar 100 peratus manakala siasatan awal juga mendapati rumah teres dua tingkat itu telah diubah suai kepada tiga tingkat.
Ketiga-tiga mangsa bagaimanapun disahkan maut dalam insiden kebakaran itu oleh pihak hospital sementara kesemua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#Hospital
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Kampung Lindungan
#kebakaran
#mangsa
#maut
#Petaling Jaya
#polis
#rentung
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan