KAMPAR: Tiga warga Bangladesh maut manakala seorang cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas akibat tayar pecah sebelum dirempuh sebuah lori tanpa muatan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Mohamad Nazri Daud dalam kenyataan hari ini berkata dalam kejadian jam 1.49 tengah hari itu, tiga penumpang MPV jenis Naza Citra, Abdullah Mohammad, 31, Ali Askar (tiada umur) serta Md Sohel Miah (tiada umur) maut di lokasi kejadian.
Pemandu Naza Citra, Md Kobir Hossain, 32, bersama tiga lagi penumpang Md Saiful Islam, 25, Md Raju Miah, 27, dan Sohel Rana, 30, tidak mengalami kecederaan sementara Mohammad Sohel, 24, mengalami kecederaan di perut, kepala serta tangan kiri.
Katanya kesemua mereka merupakan pekerja kebun di Cameron Highlands kecuali Abdullah yang tidak diketahui pekerjaannya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati semua penumpang kereta berkenaan dalam perjalanan dari Cameron Highlands menghala ke Kuala Lumpur, namun sebaik tiba di lokasi kejadian, tayar belakang bahagian kiri pecah sebelum kenderaan itu terbabas dan merempuh penghadang besi di sebelah kiri.
Mohamad Nazri berkata kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas di bahagian kiri jalan sebelum masuk semula ke lorong kiri.
"Lori jenis Isuzu yang melalui arah sama tidak sempat mengelak sebelum merempuh kereta terbabit dari arah belakang,"katanya.
Menurutnya pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya semua mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Tapah untuk rawatan.
"Kereta Naza Citra mengalami rosak teruk di semua bahagian terutamanya bahagian belakang manakala lori terbabit remuk sedikit di bahagian hadapan pada sebelah kiri," katanya.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 10 2024
Mohamad Nazri berkata kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas di bahagian kiri jalan sebelum masuk semula ke lorong kiri. - Gambar Sinar Harian
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Akaun Fleksibel: Memahami impak, jangkaan selepas pengeluaran
Pengenalan akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.
Laluan peringkat ke-4 LTdL 2024 diubah
Perubahan laluan itu diputuskan apabila penganjur melengkapkan tinjauan laluan baharu setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan.
Dua beranak maut nahas di Bandar Baharu
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Alphard yang dipandu mangsa memasuki laluan bertentangan dan bergesel dengan lori.
Tiga warga Bangladesh maut akibat nahas jalan raya
Tiga warga Bangladesh maut manakala seorang cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas akibat tayar pecah.
Warga emas maut motosikal hilang kawalan langgar MPV
Keadaan motosikal milik lelaki warga emas yang maut selepas melanggar sisi sebelah kanan MPV) di Jalan Kampung Kelewek, Batu Gajah, Tanah Merah pada Isnin.
Polis sahkan video tular kejar suspek hingga ke Cyberjaya
Menurut polis, insiden kejar-mengejar yang berlaku dari Petaling Jaya sehingga ke Cyberjaya juga melibatkan penahanan suspek.
Polis buru pemandu, penumpang MPV rempuh SJR, palang tol
Polis sedang memburu pemandu dan seorang penumpang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang melanggar beberapa sekatan jalan raya (SJR) sekitar Sepang, dan palang tol Lebuhraya
Empat anggota polis ditahan subahat curi kabel
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua anggota polis yang bertugas di unit kereta peronda (MPV) itu ditahan pada 19 September lalu.
Penunggang motosikal maut terperosok bawah MPV
Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan di sini pada Khamis.
Tiga dipercayai sekeluarga maut MPV bertembung lori
Seorang lelaki dewasa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua yang lain meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman.
Lelaki pandu kereta klon diberkas polis
Polis peronda lebuh raya kesan MPV Honda Stream dipandu dalam keadaan mencurigakan ketika melakukan rondaan kawasan Gambang, Kuantan, Pahang.
Kehadiran MPV, URB di kawasan kediaman, komersial tingkat keyakinan masyarakat - KPN
Kehadiran elemen rondaan MPV dan URB di kawasan kediaman, komersial dan perindustrian berjaya meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap jaminan keselamatan.