Peniaga vape di Sabah memohon kerajaan membuat pertimbangan secara mendalam dengan mengambil kira pelbagai aspek sebelum bertindak mengharamkan penjualan dan penggunaan vape di Sabah.
Jurucakap peniaga vape Sabah, Shah Fareed berkata, pengharaman vape secara melulu di negeri ini bukan sahaja akan menjejaskan perniaga yang kebanyakannya terdiri daripada Bumiputera berumur 40 tahun ke bawah, tetapi dikhuatiri akan membawa vape ke pasaran gelap.
Menurut Shah, peniaga vape telah melaburkan sejumlah wang yang besar termasuk membuat pinjaman bank, malah sanggup menjual tanah untuk dijadikan modal semata-mata bagi melibatkan diri dalam perniagaan berkenaan.
"Kami mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu panel khas melibatkan wakil kerajaan dan pihak luar untuk menyediakan garis panduan mengenai penjualan dan penggunaan vape. Kami tidak ada masalah untuk patuhi garis panduan yang disediakan kerajaan," katanya.
Shah berkata demikian dalam sidang media yang turut dihadiri lebih 50 pengusaha vape di Sabah di sini, malam tadi. Dianggarkan terdapat kira-kira 80 pengusaha vape di Sabah.
Pada 21 Januari lalu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah memutuskan penggunaan shisha dan rokok elektronik ataupun vape dalam kalangan umat Islam di negeri ini adalah haram, berikutan sifatnya yang memudaratkan kesihatan.
Mufti Negeri Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata perkara itu diputuskan berdasarkan hujah dan pandangan anggota muzakarah pada muzakarah khas jawatankuasa majlis fatwa negeri mengenai penggunaan bahan tersebut.
Bernama
Sat Jan 30 2016
Peniaga vape di Sabah meminta mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu panel khas melibatkan wakil kerajaan dan pihak luar untuk menyediakan garis panduan. - Gambar fail
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
'Timbang segala aspek sebelum haramkan vape di Sabah' - Pengusaha
Peniaga vape di Sabah mohon pertimbangan dibuat secara mendalam dengan mengambil kira pelbagai aspek sebelum bertindak mengharamkan penjualan dan penggunaan.