KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga termasuk pemborong dan pembekal yang cuba mengenakan 'penjualan bersyarat' bagi minyak masak peket.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan Azanizam Affendi Juri berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan perlakuan itu mengikut Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Beliau berkata bagaimanapun setakat ini, pihaknya belum menerima aduan rasmi daripada orang awam termasuk peniaga mengenai penjualan bersyarat iaitu "untuk belian minyak masak peket sekilogram bersubsidi, syaratnya perlu membeli beberapa kilogram gula terlebih dahulu."
"Pihak kami percaya perkara tersebut mungkin berlaku akibat tindakan segelintir pihak yang cuba mengambil langkah bagi melariskan jualan barangan mereka dengan menjadikan barang kawalan sebagai pelaris.
"KPDNHEP Kelantan akan menjalankan siasatan sama ada bekalan minyak masak itu mempunyai kaitan dengan aktiviti menyorok bekalan atau penyeludupan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Azanizam Affendi juga berkata setakat ini, bekalan minyak masak peket di Kelantan adalah terkawal dan mencukupi kerana pihak berkuasa sentiasa mengambil langkah pemantauan serta pemeriksaan.
"Ia bagi memastikan bekalan adalah sentiasa berada di pasaran ... agar tiada penyelewengan," katanya.
Beliau berkata minyak masak peket yang dijual disasarkan untuk kegunaan isi rumah bagi memastikan lebih ramai pengguna dapat memperoleh barang kawalan itu.
Peruncit juga dibenarkan untuk mengawal pembelian dengan mengehadkan tiga kilogram sahaja bagi setiap pengguna.
"Sehubungan itu, orang ramai terutama peruncit yang dipaksa terlibat dalam penjualan bersyarat diminta supaya menghubungi KPDNHEP bagi tindakan lanjut serta siasatan segera dijalankan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 01 2022
KPDNHEP memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga termasuk pemborong dan pembekal yang cuba mengenakan 'penjualan bersyarat' bagi minyak masak peket. - Gambar hiasan/BERNAMA
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Pengarah restoran mamak didenda RM15,000 miliki barang kawalan lebih kuantiti
Seorang pengarah syarikat rangkaian restoran mamak bergelar Datuk didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah memiliki barang berjadual melebihi kuantiti.
SPRM tahan bapa, anak, disyaki guna dokumen palsu bekal minyak masak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan dua lelaki selepas disyaki menggunakan dokumen palsu bagi tujuan pembekalan minyak masak, empat tahun lepas.
KPDN serbu dua restoran Pakistan di Jalan Ipoh
Dua buah restoran berkonsepkan Asia Selatan di Jalan Ipoh, diserbu dalam operasi membanteras penggunaan barang kawalan tanpa lesen oleh KPDN.
Audit subsidi minyak masak dilaksana sejak Oktober - Armizan
Kerajaan telah memulakan audit berkaitan subsidi minyak masak yang dilaksana di setiap negeri dan daerah sejak Oktober lepas bagi mengatasi isu ketirisan.
KPDN teliti kemungkinan minyak masak subsidi dijual sebagai minyak terpakai
KPDN sedang meneliti kemungkinan minyak masak peket bersubsidi dijual oleh pihak tertentu sebagai minyak masak terpakai sehingga menyebabkan gangguan bekalan.
Jualan Rahmah: 2,000 ayam dijual dalam masa dua jam
Selain ayam, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan lain seperti telur dan minyak masak.
Kempen boikot tidak beri kesan besar terhadap penggunaan minyak masak - MPOB
Permintaan terhadap minyak makan itu, termasuk minyak sawit turut membabitkan kelompok pengguna lain.
Ahli perniagaan didakwa gagal selenggara buku stok kawalan minyak masak
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal menyelenggara buku stok bagi barang kawalan berjadual iaitu minyak masak, Jun tahun lepas.
Minyak masak: Naik taraf sistem eCOSS dijangka siap pertengahan 2024 - Fuziah
eCOSS yang kini sedang dinaik taraf oleh KPDN dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun depan.
Jemaah menteri setuju mekanisme harga dua peringkat bagi minyak masak
Jemaah Menteri secara prinsip bersetuju dengan cadangan pelaksanaan mekanisme 'two tier pricing' atau harga dua peringkat untuk mengawal harga minyak masak.