Persiapan untuk majlis perkahwinan Muhammad Adib Mohd Kassim yang dijadual berlangsung Sabtu ini hampir 80 peratus siap, namun takdir adalah sebaliknya.
Sepupu Allahyarham, Amirul Ameer Azmi, 23, berkata arwah ada pulang ke kampung untuk melihat persiapan majlis perkahwinannya baru-baru ini.
"Persiapan untuk kenduri dalam 80 peratus siap, cuma kad kenduri saja tak edar lagi," kata Amirul Ameer yang menambah bahawa tiada perubahan ketara pada arwah ketika itu.
Muhammad Adib, 24, meninggal dunia malam tadi selepas mengalami kecederaan parah akibat dipukul ketika menjalankan tugas sebagai anggota bomba ketika kekecohan di kuil Maha Mariamman USJ/25 Subang Jaya, Selangor bulan lalu.
Muhammad Adib disifatkan sebagai seorang pendiam dan sangat baik dalam keluarga. Ketika pulang ke kampung bulan lalu, dia banyak menghabiskan masa memancing dan berjalan di keliling kampung.
Malah, kereta Perodua Myvi yang baru dibelinya belum sempat dinaiki Allahyarham.
Kereta itu sengaja ditinggalkan di kampung untuk memudahkan ibu bapanya keluar membeli barang kelengkapan untuk persiapan perkahwinannya, jelas Amirul Ameer.
Allahyarham Muhammad Adib meninggal dunia jam 9.41 Isnin malam setelah bertarung nyawa selama tiga minggu di Institut Jantung Negara (IJN).
Jenazah wira kesayangan negara ini dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah pada Selasa dengan penuh penghormatan.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Dec 18 2018
Persiapan untuk majlis perkahwinan Muhammad Adib Mohd Kassim yang dijadual berlangsung Sabtu ini hampir 80 peratus siap. -Gambar fail
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Tinggal kad kenduri Adib saja belum edar - Sepupu
Tiada perubahan ketara pada arwah ketika pulang ke kampung untuk melihat persiapan majlis perkahwinannya baru-baru ini.