Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghantar empat buah kapal ke Langkawi untuk Misi Bantuan Kemanusiaan kepada pendatang Rohingya.
Panglimanya, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata empat kapal yang terlibat dalam misi itu adalah Kapal Diraja (KD) Selangor, KD Kinabalu, KD Jerai dan KD Laksamana Muhammad Amin.
"Kesemua kapal TLDM itu membawa bantuan terdiri daripada makanan, minuman serta pakaian.
"Selain itu, TLDM turut menempatkan tiga helikopter iaitu sebuah di Langkawi manakala dua lagi di Lumut, Perak yang siap sedia untuk tujuan menyelamat pelarian sekiranya ada keperluan untuk berbuat demikian," katanya.
Katanya TLDM turut menempatkan tiga bot tempur C90 di lokasi sama bagi membuat pemantauan di kawasan berkenaan.
Abdul Aziz berkata pihaknya menghantar kesemua aset TLDM selepas menerima arahan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu yang mengarahkan TLDM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia membantu Mercy Malaysia dalam bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya sama ada melalui laut atau daratan.
"TLDM menerima arahan daripada Perdana Menteri untuk memberikan bantuan yang terbaik kepada semua pelarian yang memerlukan bantuan di laut...TLDM akan pastikan mana yang perlukan bantuan, diberikan bantuan dan mana yang perlu diselamatkan, kita akan selamatkan," katanya.
Abdul Aziz berkata demikian dalam sidang media, selepas menerima kunjungan rasmi Kepala Staf Angkatan Laut Indonesia, Laksamana TNI Ade Supandi ke markas TLDM, di Kementerian Pertahanan, di sini, pada Khamis.
Ade berkata pihak tentera laut Indonesia juga turut menyalurkan bantuan kepada mangsa pelarian Rohingya yang tersadai di perairan Sumatera.
"Kebanyakan pelarian sudah lama terapung di laut dan kelaparan...setakat ini, bantuan yang diberikan kepada mereka ialah pemeriksaan kesihatan serta lain-lain tindakan akan dibuat berdasarkan arahan Kementerian Luar Negeri Indonesia," katanya.
Sementara itu, lawatan beliau ke Malaysia pada hari ini sehingga Sabtu ini, adalah untuk mengukuhkan kerjasama serantau dari segi aspek keselamatan maritim serta mengeratkan lagi persahabatan yang telah sedia wujud antara kedua-dua negara.
Antara perkara yang dibincangkan pada pertemuan itu adalah rancangan untuk melaksanakan operasi bersama di beberapa perairan termasuk Selat Melaka dan barat daya Laut China Selatan, dalam usaha membanteras aktiviti rompakan membabitkan kapal-kapal dagang.
Bernama
Thu May 21 2015
Abdul Aziz berkata pihaknya menghantar kesemua aset TLDM selepas menerima arahan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Kekurangan aset punca pencerobohan sempadan - Panglima TLDM
Tentera Laut Diraja Malaysia memerlukan penambahan aset, sekurang-kurangnya enam buah kapal laut lagi untuk menjaga sempadan negara.
Orkim Harmony: Anak kapal warga Indonesia ditembak kerana melawan
Anak kapal MT Orkim Harmony cedera ditembak lanun ketika sedang membuka pintu untuk membuang sampah pada 11 Jun lepas, kata Timbalan Duta Indonesia di Malaysia, Hermono.
Malaysia mohon lapan suspek rampas MT Orkim Harmony diekstradisi - Ahmad Zahid
Pihak berkuasa Malaysia akan mengemukakan permohonan bagi lapan suspek perampas kapal tangki Malaysia MT Orkim Harmony diekstradisi ke negara ini.
Kapal tangki MT Orkim Harmony selamat tiba di Pelabuhan Kuantan
Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak minggu lalu selamat tiba di Pelabuhan Kuantan jam 7 pagi tadi dengan diiringi kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Handalan.
Orkim Harmony: Lapan warga Indonesia ditemui, identiti sedang dikenal pasti
Lapan warga Indonesia ditemui berhampiran Pulau Tho Chu, Vietnam sekitar jam 6:30 pagi tadi.
Orkim Harmony: Perompak ugut Kapten kapal sebelum melarikan diri
Kapten kapal tangki MT Orkim Harmony, Nor Fazly Sahat mendedahkan bahawa beliau diugut dan keluarganya diancam ketua lanun.
Orkim Harmony: Kesemua kru diselamatkan, 8 perampas larikan diri
Kesemua kru kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang minggu lalu dilaporkan telah berjaya diselamatkan dan dibebaskan kira-kira 2.30 pagi tadi.
TLDM hantar empat aset bantu Rohingya
TLDM menghantar empat buah kapal ke Langkawi untuk Misi Bantuan Kemanusiaan kepada pendatang Rohingya.
TLDM kenal pasti anggota terlibat IS menerusi media sosial
TLDM sudah mengenal pasti beberapa anggotanya yang dipercayai terlibat dengan kumpulan militan IS menerusi media sosial.