REMBAU: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan membayangkan akan bertanding di kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-15.
Penyandang kerusi DUN Rantau sejak tahun 2004 itu optimis mahu mempertahankannya dan yakin pengundi di situ, yang mencerminkan imbangan penduduk berbilang kaum di Malaysia, akan terus memberi sokongan kepada BN.
"Pengundi Melayu di sini setakat 51 peratus sahaja jadi ia perlu diurus dengan baik, insya-Allah saya akan terus mempertahan kerusi DUN Rantau pada PRU15.
"Memandangkan saya Timbalan Presiden UMNO, saya juga perlu bertanding di kawasan Parlimen bagi memainkan peranan di peringkat kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas program Semarak Merdeka di sini hari ini.
Bagaimanapun, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu tidak menyatakan kawasan Parlimen yang bakal ditandinginya.
"Ini kerana sebagai Timbalan Presiden dan kepimpinan kanan parti, kita perlu berada di peringkat kebangsaan untuk menguruskan parti dan insya-Allah, kalau diberikan keyakinan oleh pengundi... menubuhkan kerajaan di peringkat pusat," katanya.
Ketika ini, kerusi Parlimen Rembau disandang oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Mengulas senarai calon BN di Negeri Sembilan, beliau berkata sehingga kini perkara itu masih belum dibincangkan dan fokus gabungan politik itu ialah memperkuat jentera parti bagi menghadapi PRU15.
"Saya turun ke negeri-negeri termasuk Negeri Sembilan untuk melihat kesiapsiagaan parti dan keperluan kita menggerakkan jentera di peringkat akar umbi... soal calon masih belum dibincangkan atau belum lagi sampai ke tahap itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 03 2022
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau menyampaikan ucapan pada program Semarak Merdeka di Taman Jed hari ini. - Foto BERNAMA
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
UMNO bergerak solo dalam PRU bila kembali kuat - Tok Mat
Tidak mustahil UMNO yang hanya menang 30 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan kembali kuat masa akan datang dan mampu bertanding secara solo pada PRU.
UMNO tidak terikat, tiada jaminan bergabung dengan parti lain pada PRU16 - Tok Mat
Tiada jaminan UMNO bersama mana-mana gabungan politik berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti, kata Tok Mat.
PRN: Tok Mat buat penampilan kelima tanding DUN Rantau, saingan satu lawan satu
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini membuat penampilan kelima bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya selama empat penggal sejak 2004.
Tok Mat kekal jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau tanpa bertanding
Tok Mat menjadi calon tunggal mengemukakan permohonan untuk jawatan itu apabila pencalonan ditutup kelmarin.
Menteri Pertahanan: Lonjakan baharu karier Tok Mat
Pelantikan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Menteri Pertahanan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan lonjakan baharu bagi karier politiknya.
PRU15: Tok Mat bersuara, cadang PN, PH bergabung tubuh kerajaan
Hujah Mohamad, kedua-dua gabungan tersebut mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.
PRU15: "Tak perlu sebar fitnah black ops" - Khairy buat laporan polis, SKMM
Khairy gesa tolak fitnah serta politik kotor dan terus memberi fokus kepada Sungai Buloh.
PRU15: Penerimaan orang ramai terhadap BN positif - Tok Mat
Memasuki hari kelima berkempen sempena PRU15, BN melihat orang ramai menunjukkan sentimen positif terhadapnya, kata Mohamad Hasan.
PRU15: Tok Mat berdepan saingan lima penjuru
Empat pesaing Tok Mat ialah Jufitri Joha (PH), Ramli Awaluddin (GTA), Mohd Nazree Mohd Yunus (PN) dan S. Tinagaran (PSM).
'Top 5' UMNO sudah capai kesepakatan - Tok Mat
Perbincangan antara Top 5 UMNO yang berlangsung pada sebelah petang tadi telah berlangsung dengan baik, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan.