KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan ke atas sindiket tonto yang berperanan sebagai pemberi maklumat bagi menggagalkan tugas penguatkuasaan undang-undang yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kegiatan tonto yang mengekori dan mengawasi kenderaan JPJ telah dikesan pihaknya.
Menurutnya, tindakan tonto yang memerhati dan mengekori setiap pergerakan anggota JPJ memberi cabaran kepada pihak berkuasa terbabit untuk menjalankan tugas.
"Perbuatan itu merupakan satu kesalahan dan boleh diambil di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
"Ancaman tonto ini telah menimbulkan persepsi negatif untuk mengambil tindakan ke atas kenderaan yang melanggar undang-undang jalan raya," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.
Abd Jalil berkata, sejak tahun lalu hingga Mei tahun ini, lima laporan polis dibuat mengenai aktiviti penglibatan tonto.
Katanya, dua kertas siasatan telah berjaya dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
"PDRM mengingatkan orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti sindiket tonto yang melindungi dan memberi maklumat kepada kenderaan yang melakukan kesalahan," tegasnya.
Tambah beliau, PDRM akan sentiasa membantu JPJ dan penguat kuasa lain sekiranya wujud ancaman semasa melaksanakan tugas penguatkuasaan.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 27 2022
ABD JALIL: Perbuatan itu merupakan satu kesalahan dan boleh diambil di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. -Gambar fail/Bernama
Pelaksanaan VAR berjalan lancar setakat minggu ketiga Liga Super
Selepas minggu ketiga perlawanan Liga Super, pelaksanaan Video Bantuan Pengadil (VAR) dilihat berjalan lancar.
Pasangan kekasih abaikan bayi tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Sepasang kekasih yang sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan mengabaikan bayi lelaki mereka, menukar pengakuan kepada tidak bersalah.
Anda kini boleh label kandungan dijana AI pada Facebook, Instagram
Sistem Meta sendiri akan mengimbas mengikut pelbagai piawaian penjana kecerdasan buatan.
Dua pegawai polis didakwa kes rasuah RM1.25 juta untuk tutup kes
Dua pegawai polis mengaku tidak bersalah melibatkan kes rasuah RM1.25 juta untuk menutup siasatan seorang ahli perniagaan berhubung kes mata wang kripto bagi pembelian senjata api oleh warga Israel.
Kerajaan muktamad penggunaan kod QR selepas tamat tempoh percubaan - Fadillah
Fasa pertama Sistem Kod QR itu yang melibatkan warganegara Malaysia di BSI dan KSAB bagi mod perjalanan bas dan motosikal akan mula dilaksana bermula Sabtu ini.
Pulau Silikon hak mutlak kerajaan Pulau Pinang
Tanah Pulau Silikon seluas 930.78 hektar adalah milik penuh kerajaan Pulau Pinang.
Pelancaran satelit peninjau tentera terbaharu Korea Utara gagal
Tentera Korea Selatan mengeluarkan satu rakaman video yang didakwa memaparkan percubaan terbaharu Korea Utara yang dilapor melancarkan satelit peninjau tentera terbaharunya.
Pakistan catat suhu lebih 52 darjah Celsius
Suhu meningkat melebihi 52 darjah Celsius di wilayah Sindh di selatan Pakistan, bacaan tertinggi sepanjang musim panas kali ini dan menghampiri rekod tertinggi negara itu, menurut agensi cuacanya.
16 nyawa terkorban di India dan Bangladesh akibat puting beliung
Sekurang-kuranganya 16 dilaporkan terkorban sementara jutaan terjejas akibat terputus bekalan kuasa susulan angin kencang dan hujan lebat mencetuskan taufan besar pertama tahun ini, melanda pantai India dan Bangladesh pada Isnin.
Dua pegawai kanan polis didakwa terima rasuah RM1.25 juta
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Selasa.
Tonto didenda jadi orang tengah terima rasuah bagi pihak pegawai JPJ
Seorang tonto didenda RM56,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah atas 20 pertuduhan menjadi orang tengah untuk menerima suapan.
Upah 'tonto' pantau pihak berkuasa, aktiviti seleweng diesel bersubsidi akhirnya tumpas
KPDN Perak menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan rampasan RM101,400 dalam Op Tiris di sebuah premis kilang papan.
'Tonto' didakwa terima suapan lebih RM100,000 dari 10 syarikat
Tertuduh didakwa menerima suapan berkenaan sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan oleh JPJ.
FRU, Unit Berkuda Bukit Aman rampas rokok seludup RM2 juta, tahan 2 lelaki
Polis merampas rokok seludup bernilai hampir RM2 juta selepas menahan sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini, awal pagi tadi.
Tonto dalam tindakan PDRM
Tindakan tonto yang memerhati dan mengekori setiap pergerakan anggota JPJ memberi cabaran kepada pihak berkuasa terbabit untuk menjalankan tugas.
JPJ tahan 306 lori bawa muatan lebih
Mereka tetap tidak dapat mengelak daripada digempur Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam Ops Lebih Muatan yang dijalankan bermula dari 30 Jun hingga semalam.
Tonto guna warga emas hidu operasi pihak berkuasa di sempadan
Penyeludup sanggup membelanjakan wang dengan memberi upah kepada mereka yang berani menjadi mata-mata kepada penyeludup.
SPRM panggil 24 lagi penguat kuasa JPJ Pulau Pinang bantu siasatan
SPRM hari ini mengambil keterangan 24 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kegiatan rasuah melindungi pemandu lori.
Jawatankuasa banteras penyeludupan, ancaman tonto
Lebih banyak operasi bersama akan diadakan di lokasi yang akan dikenal pasti.
Gempur pusat hiburan di Cheras, 89 warga asing ditahan
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata mereka yang terdiri daripada 73 wanita dan 19 lelaki itu ditahan anggota Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa Jabatan Imigresen.