SEOUL: Pelakon dan penyanyi Korea Selatan, Lee Ji-han, disahkan salah seorang mangsa yang terkorban dalam tragedi rempuhan pada perayaan Halloween di Itaewon pada malam Sabtu.
Lee, 24, mula menempa nama selepas menyertai rancangan realiti Produce 101 musim kedua.
Agensi Lee, 935 Entertainment, mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan media, pada Ahad.
Ramai selebriti Korea Selatan melahirkan rasa dukacita dan takziah berikutan tragedi itu.
Susulan tragedi itu, beberapa konsert dan program hiburan telah ditangguhkan dan dibatalkan.
Konsert Busan One Asia Festival 2022 yang dijadualkan berlangsung pada 30 Okt lalu turut dibatalkan dan penganjur mengumumkan bahawa wang akan dikembalikan.
BACA: Seoul menangis... Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?
Persembahan kemunculan semula anggota EXO, Chen yang dijadualkan pada 31 Okt juga telah ditangguhkan, dengan wakil dari SM Entertainment memaklumkan bahawa tarikh pelancaran album mini ketiga Chen, Last Scene, juga ditangguhkan.
Angka kematian akibat kejadian rempuhan itu meningkat kepada 154 termasuk 26 warga asing.
Insiden itu berlaku pada Sabtu malam apabila sekumpulan besar pengunjung berkumpul sempena pesta Halloween dan memenuhi lorong sempit selebar 3.2 meter di daerah Itaewon, Seoul.
Agensi
Mon Oct 31 2022
Lee mula menempa nama selepas menyertai rancangan realiti, 'Produce 101' musim kedua. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Selepas tiga hari SAR, mayat pemancing hilang ditemukan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Akaun 3: Keputusan KWSP beri pilihan kepada pencarum wajar - Pakar kewangan
Keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pilihan kepada pencarum tidak memindahkan caruman mereka ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah satu langkah yang wajar.
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Tragedi Halloween Itaewon: Pelakon dan penyanyi, Lee Ji-han, antara korban
Pelakon dan penyanyi Korea Selatan, Lee Ji-han, disahkan salah seorang mangsa yang terkorban dalam tragedi rempuhan pada perayaan Halloween di Itaewon pada malam Sabtu.