SERDANG: Seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia yang maut selepas dihanyutkan arus deras ketika menjala ikan bersama keluarganya di parit monsun dekat Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan di sini ditemui hari ini.
Mangsa Riska Amelia, 4, merupakan mayat terakhir dalam tragedi yang mengorbankan tiga nyawa itu, ditemui di sebuah lombong berhampiran dengan Jalan Puchong - Cyberjaya, Putra Perdana hari ini selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat dijalankan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima maklumat berkaitan penemuan mayat mangsa daripada penduduk di Putra Perdana.
"Mayat kanak-kanak itu dijumpai jam 9 pagi iaitu tujuh kilometer dari tempat kejadian sebelum dibawa oleh pihak bomba menggunakan bot dan kemudiannya telah disahkan identiti oleh bapanya.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang bagi proses bedah siasat," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Pada Ahad, dua beranak selamat manakala tiga lagi maut dihanyutkan arus deras ketika aktiviti menjala ikan di sini.
Mangsa yang selamat Ahmad Suriadi (bapa), 40 dan anaknya Mohd Alif, 9, manakala individu maut iaitu Juliana (ibu), 38, Mohd Diham, 10 dan Riska Amelia, 4.
Berdasarkan keterangan lelaki dewasa itu, mereka sekeluarga ke lokasi itu untuk memancing dan menjala kira-kira jam 3.30 petang.
Pada awalnya, keadaan cetek selain cuaca baik sebelum berlaku hujan dan air deras menyebabkan mereka yang berdiri di simen longkang itu dipercayai tergelincir sebelum terjatuh di kedalaman air yang deras kira-kira 1.2 meter. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 02 2024
Anggota bomba membawa mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui di sebuah lombong berhampiran dengan Jalan Puchong-Cyberjaya, Putra Perdana hari ini selepas tiga hari operasi SAR dijalankan. - Foto Sinar Harian
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
Lelaki diserang buaya ketika jala ikan di Pantu
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dimulakan pagi ini, kerana keadaan malam tadi sudah terlalu gelap.
Tragedi jala ikan: Mayat kanak-kanak perempuan lemas ditemui
Mayat kanak-kanak itu dijumpai jam 9 pagi, tujuh kilometer dari tempat kejadian sebelum dibawa oleh pihak bomba menggunakan bot.
Polis kenal pasti identiti lima sekeluarga dihanyut arus deras ketika menjala
Yang masih hilang ialah ibunya yang dikenali sebagai Juliana, 38, dan adik perempuan bongsunya, Riska Amelia, empat tahun.
Lelaki Kemboja hilang ketika menjala di sungai ditemukan lemas
Mayat mangsa ditemukan terdampar di tebing sungai pada 12 tengah hari kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.
Jualan pukat ikan laris pada musim tengkujuh di Kelantan
Memukat ikan ketika musim tengkujuh antara aktiviti yang dinantikan penggemarnya sebagai sumber rezeki untuk mendapatkan ikan darat.
Lelaki ditemukan lemas ketika menjaring ikan
Seorang lelaki ditemukan lemas ketika menjaring ikan bersama tiga rakannya di Pantai Batu 1, Jalan Pantai, Port Dickson semalam.
Mayat lelaki lemas ketika menjala di lombong ditemui
Mayat mangsa ditemui selepas anggota menggunakan kaedah pusatan air dan 'figure of eight'.
Banjir bawa rezeki tak terduga kepada penduduk sekitar Chaah
Selain penduduk kampung, ramai warga asing turut ambil kesempatan menjala ikan bagi mendapatkan lauk 'percuma' untuk hidangan di rumah.
'Sempat menikmati hidangan ubi rebus sebelum hilang'
Che Marlina berharap operasi mencari dan menyelamat dapat berjalan lancar dan jasad abangnya segera temui.
Bekas imam masjid hilang, dikhuatiri lemas ketika menjala ikan
Zakaria Mohd Nong, 72 tahun, dikatakan pergi bersendirian ke kawasan itu untuk menangkap ikan.