Perbuatan menuduh peristiwa pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara kerajaan adalah perbuatan yang cukup keji, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau yang sedih kejadian pencerobohan itu telah mengakibatkan lapan anggota keselamatan terkorban, berkata manusia yang tergamak berkata sedemikian adalah mereka yang tidak mempunyai perasaan dan tidak berhati perut.
"Apabila ada kumpulan yang menceroboh bumi Malaysia di Sabah, gugurnya perwira-perwira, kehilangan nyawa, yang paling sedih dan yang menyayat hati saya apabila saya terpaksa pergi ke lapangan terbang untuk menerima jenazah wira-wira negara.
"Apabila saya berdepan dengan balu-balu, anak-anak mereka, saya cukup sedih. Ada seorang balu kehilangan suami dalam keadaan dia mengandung sebulan, ada anak (berumur) lima hingga enam tahun yang tidak tahu apa, dia beritahu saya bapa kena bom seolah-olah bapa dia akan muncul semula. Inilah kisah-kisah yang menyedihkan saya.
"Tetapi ada juga orang yang tergamak menuduh ini satu sandiwara kerajaan. Saya tak tahu apa saya nak kata kepada manusia seperti ini. Manusia yang tergamak cakap macam itu, tak ada perasaan dan hati perut, satu perbuatan yang cukup keji. Sebab itulah, kita perlu menolak orang seperti ini," katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis Perhimpunan Perdana Ulama-Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini hari ini.
UMNO telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Chua Tian Chang berhubung kenyataan beliau yang mengaitkan Umno dengan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kenyataan semalam berkata tindakan itu diambil melalui Penasihat Undang-Undang parti iaitu Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak.
Beliau berkata notis telah dihantar kepada Tian Chua yang juga anggota Parlimen Batu menuntut supaya beliau dalam tempoh tujuh hari bermula semalam berhenti membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu tersebut atau sebarang kenyataan yang serupa terhadap Umno.
Bernama
Tue Mar 05 2013
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
Ujian air kencing terhadap Zahnita Wilson kerana ada laporan berkaitan dadah
Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dilakukan berikutan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan wanita itu.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina
Penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari puncak Gunung Berapi Kanlaon itu disarankan supaya berpindah segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjelang hujung tahun
Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) memaklumkan bahawa jumlah kes HIV di negara itu dijangka mencecah 215,400 sebelum penghujung 2024.
Ribuan orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran besar di Manila
Ribuan orang hilang tempat tinggal selepas kebakaran besar melanda sebuah kawasan miskin di ibu negara Filipina pada Ahad.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Sekurang-kurangnya 8 maut selepas Taufan Man-yi landa Filipina
Taufan Man-yi meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dan mencederakan tiga yang lain selepas ia melanda Filipina hujung minggu lepas.