awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir sedang cari calon sesuai timbalan menteri pertahanan - Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
03/07/2018
13:15 MYT
Tun Mahathir sedang cari calon sesuai timbalan menteri pertahanan - Mohamad Sabu
Ditanya adakah calon timbalan menteri pertahanan adalah dalam kalangan senator, Mohamad berkata terdapat kemungkinan jawatan itu akan diisi oleh senator. - Gambar fail
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih mencari calon yang sesuai bagi mengisi kekosongan jawatan timbalan menteri pertahanan. kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.
"(Saya) memang menunggu seorang timbalan dan Perdana Menteri sedang mencari calon yang sesuai untuk Timbalan Menteri Pertahanan.
"Kita harap Perdana Menteri dapat menamakannya dan melicinkan lagi perjalanan Kementerian Pertahanan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira di sini, hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
BACA: Barisan Menteri Kabinet Malaysia 2018
Turut hadir Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkiple Kassim dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Affendi Buang.
Ditanya adakah calon timbalan menteri pertahanan adalah dalam kalangan senator, Mohamad berkata terdapat kemungkinan jawatan itu akan diisi oleh senator.
"Kalau lewat (lantikan) mungkin (timbalan menteri) dalam kalangan senator," katanya.
Semalam, 13 lagi menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#Mahathir Mohamad
#menteri
#Mohamad Sabu
#Perdana Menteri
#tentera
#Timbalan Menteri Pertahanan
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan