Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan mencemar duli melawat Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), sebuah hospital rehabilitasi terbesar di Asia Tenggara.
Ketibaan baginda disambut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan warga HRC yang teruja untuk bertemu mata dengan Raja Permaisuri Agong yang terkenal dengan sifat peramah dan keibuan itu.
Turut hadir menyambut ketibaan Tunku Azizah ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa merangkap Pengerusi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah HRC Dr Roslan Johari Mohd Ghazali.
Kunjungan Tunku Azizah adalah sebahagian daripada program yang diatur sempena istiadat pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai ketua utama negara, yang disempurnakan pada Selasa lepas.
Sifat prihatin dan keibuan Tunku Azizah terserlah apabila baginda tidak canggung berinteraksi dengan pesakit kanak-kanak di Unit Teknologi Rehab dan Wad Kanak-Kanak, HRC.
Baginda yang meluangkan masa kira-kira setengah jam di wad berkenaan kelihatan terhibur dengan keletah anak-anak yang berada di wad itu.
Terdahulu, Raja Permaisuri Agong dihiburkan dengan persembahan muzik oleh 11 pesakit kanak-kanak di Auditorium hospital berkenaan.
Pada kunjungan itu, Tunku Azizah turut berkenan menyerahkan sumbangan RM30,000 kepada HRC bagi membantu pengurusan hospital berkenaan.
HRC yang beroperasi pada 26 April 2012, dibina bertujuan menjadi pusat rujukan hospital awam dan swasta sama ada dari dalam atau luar negara dalam bidang rawatan rehabilitasi secara intensif.
Seramai 70,783 pesakit menerima rawatan di hospital itu tahun lepas, terdiri daripada 49.6 peratus pesakit dewasa, pesakit warga emas (31.5 peratus) dan selebihnya adalah pesakit kanak-kanak.
HRC menyediakan tujuh perkhidmatan rawatan iaitu rehabilitasi neurologi, spinal, jantung, kecederaan otak, pediatrik, geriatrik dan muskuluskeletal.
Hospital itu turut menyediakan perkhidmatan terapi iaitu terapi pemulihan anggota, terapi pemulihan carakerja, terapi pemulihan pertuturan dan terapi pemulihan pendengaran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 01 2019
aja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyantuni pesakit kanak-kanak di Hospital Rehabilitasi Cheras hari ini. - fotoBERNAMA
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Pulau Pinang muncul hab pelancongan perubatan di Asia Tenggara
Pulau Pinang menawarkan gabungan antara penjagaan perubatan berkualiti dan sebagai destinasi pelancongan yang menarik.
Malaysia catat prestasi terbaik pasaran ekuiti Asia Tenggara 2024 - Deloitte
Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam pasaran ekuiti Asia Tenggara, berbanding rakan serantau bagi tempoh 10 bulan setengah tahun ini, menurut firma perkhidmatan profesional global, Deloitte.
ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Malaysia antara negara teratas dalam keselamatan siber di Asia Tenggara - Kaspersky
Malaysia muncul sebagai antara negara peneraju dalam rangka kerja pengawalseliaan keselamatan siber di Asia Tenggara.
Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat Taufan Yagi di Asia Tenggara - UNICEF
Taufan Yagi menjejaskan hampir enam juta kanak-kanak dan memutuskan akses kepada sumber penting seperti air bersih, pendidikan, penjagaan kesihatan, makanan, dan tempat perlindungan.
Syarikat China lancar janaan dalam bahasa Melayu perkukuh AI di Asia Tenggara
Alto AI melancarkan LLM yang pertama dalam Bahasa Melayu bagi memperkukuh janaan AI di Asia Tenggara meliputi pelbagai bidang.
Asia Tenggara berdepan kekurangan guru yang ketara - SEAMEO
Rantau Asia Tenggara kini berdepan dengan kekurangan guru yang ketara dan boleh menghalang pembangunan generasi celik digital.
Laporan Tesla batal pengeluaran di Asia Tenggara mungkin keputusan komersial - MITI
Laporan mengenai hasrat Tesla membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara mungkin satu keputusan komersial operasinya.