KUANTAN: Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyarankan golongan wanita mementingkan aspek kesihatan supaya dapat menjaga keluarga dengan baik.
Baginda bertitah wanita merupakan tonggak dalam sebuah keluarga yang memainkan peranan penting melibatkan pelbagai aspek antaranya berkaitan kesihatan keluarga.
"Saya nak rakyat Pahang semua sihat, kurangkan makan gula, makan sayur kerana kesihatan paling penting, kalau tak sihat macam mana nak jaga rumah tangga kita... semua (ahli) persatuan yang ada jaga kesihatan," titah Tunku Azizah.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Santapan/Jamuan Malam Sempena Memuliakan Keberangkatan Balik Tengku Ampuan Pahang ke Negeri Pahang Setelah Selamat Menyempurnakan Tanggungjawab Sebagai Raja Permaisuri Agong.
Hadir sama Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Pahang Datin Seri Burhah Mohammed, yang juga isteri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Selain aspek kesihatan, Tunku Azizah turut mengingatkan golongan wanita memberikan pendidikan yang baik kepada anak masing-masing, kerana menerusi pelajaran dapat mengubah nasib hidup dan membasmi kemiskinan.
"Perjuangan kita untuk perkasakan wanita selain anak-anak, kita perlu tentukan mereka ini terima pelajaran demi masa depan, kerana tanpa pelajaran kita tak boleh basmi kemiskinan... ini merupakan tanggungjawab kita sebagai ibu untuk tentukan anak kita menerima pendidikan setinggi yang kita mampu," titah baginda.
Baginda turut berkongsi hasrat akan berkunjung ke setiap daerah di Pahang, dan akan menerbitkan buku masakan Air Tangan Tengku Ampuan Pahang yang menghimpunkan koleksi resipi daripada 'dapur' baginda sendiri yang telah dikumpul sejak kecil.
Dalam pada itu, Tunku Azizah menzahirkan penghargaan kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sentiasa menyokong dan memberikan galakan kepada baginda dalam melaksanakan pelbagai perkara.
"Di belakang setiap wanita juga ada seorang lelaki... Tuanku (Al-Sultan Abdullah) beri kepercayaan untuk saya jalankan tugas, saya rasa setiap isteri di sini pun, suami kitalah yang jadi pendorong yang kuat," titah baginda.
Pada majlis itu, Tunku Azizah turut dipersembahkan tarian sewang diikuti nyanyian daripada Dayang Nurfaizah selain baginda berkenan meluangkan masa menyantuni para jemputan.
Majlis berkenaan dihadiri seramai 576 wanita yang mewakili 38 pertubuhan wanita di Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024
Tunku Azizah hadir pada Majlis Santapan/Jamuan Malam Sempena Memuliakan Keberangkatan Balik Tengku Ampuan Pahang ke Negeri Pahang Setelah Selamat Menyempurnakan Tanggungjawab Sebagai Raja Permaisuri Agong, 15 Feb 2024. - Foto BERNAMA
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Tunku Azizah saran wanita pentingkan kesihatan agar dapat jaga keluarga
Wanita tonggak dalam sebuah keluarga yang memainkan peranan penting melibatkan pelbagai aspek antaranya berkaitan kesihatan keluarga.
Yang di-Pertuan Agong sentiasa zahir ucapan terima kasih kepada juruterbang, anak kapal
Kapten Ahmad Najhan Mohd Jamil berkata Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga memiliki keperibadian sama.
#AgongKita: Teruja dapat bersalam dengan Al-Sultan Abdullah
Turut kedengaran suara beberapa individu yang mahu bersalam dengan baginda berdua yang diarak kira-kira jam 9 pagi.
#AgongKita: Selamat pulang ‘jantung hati’, rakyat Pahang teruja sambut Al-Sultan Abdullah
Seperti rakyat di seluruh negara, perasaan rindu kepada Seri Paduka Baginda berdua turut dirasai oleh rakyat di Pahang.
Raya mengejut, Tunku Azizah 'bersengkang mata' masak juadah
Kejutan malam raya 2022 menyebabkan Tunku Azizah 'tidak senang duduk' kerana belum menyiapkan juadah untuk dihidangkan pada 1 Syawal.
Raja Permaisuri Agong dilantik semula Ketua Perlembagaan UIAM
Pelantikan semula Tunku Azizah telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Tunku Azizah dianugerah Diploma Kehormat Seni Kraf Batik
Raja Permaisuri Agong dianugerahkan Diploma Kehormat Seni Kraf Batik oleh Kraftangan Malaysia melalui Institut Kraf Negara (IKN).
Raja Permaisuri Agong terima anugerah Darjah Kerabat Selangor
Raja Permaisuri Agong berkenan menerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) iaitu darjah kebesaran dan anugerah tertinggi di Selangor.
Raja Permaisuri berangkat ke majlis ceramah agama sempena Maulidur Rasul
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke ceramah agama sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Istana Negara.
Raja Permaisuri menangis penduduk Sabah sanggup tunggu dalam hujan
Tunku Azizah menangis melihat kesanggupan rakyat Sabah menanti keberangkatan tiba baginda berdua dalam cuaca hujan lebat.