awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Mahkota Ismail bangga Johor muncul kuasa besar baharu dalam ekonomi negara

Bernama
Bernama
16/05/2025
05:50 MYT
Tunku Mahkota Ismail bangga Johor muncul kuasa besar baharu dalam ekonomi negara
Tunku Mahkota Ismail berkenan bertitah merasmikan Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Bagi Penggal Persidangan Ke-4, DUN Johor yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini. --fotoBERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail hari ini menzahirkan rasa bangga apabila Johor muncul sebagai kuasa besar baharu dalam ekonomi negara.
Baginda bertitah kejayaan itu didorong dengan pelaksanaan beberapa inisiatif utama seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), yang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM27 bilion bagi suku pertama tahun ini.
"Saya ingin menzahirkan rasa gembira melihat pencapaian ini dan rasa bangga apabila Johor kini dikatakan sebuah negeri yang muncul sebagai kuasa besar baharu dalam ekonomi Malaysia.
"Saya percaya dengan trend pertumbuhan ekonomi Johor ketika ini, rakyat akan dapat menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa depan," titah baginda.
Tunku Ismail bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-15 di sini hari ini.
Baginda bertitah pada tahun lepas, hasil negeri ini merekodkan nilai positif iaitu RM2.1 bilion dan prestasi itu diteruskan pada suku pertama tahun ini apabila Johor berjaya mencatatkan pertumbuhan hasil negeri sebanyak RM598 juta, iaitu 29.84 peratus lebih tinggi berbanding anggaran ditetapkan kerajaan negeri.
"Pada April 2025 pula menerusi sokongan dan kerjasama yang padu antara kerajaan negeri dengan semua pihak, terdapat projek-projek baharu bernilai RM23 bilion yang sedang dalam perancangan," titah baginda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor
#kuasa besar baharu
#tunku mahkota ismail
#ekonomi malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami