PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan satu sidang media khas pada Isnin depan bagi mengulas isu-isu semasa serta dakwaan mengenai ugutan terhadap anaknya, Mirzan.
Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun tidak memberi maklumat lanjut berhubung perkara berkenaan ketika ditanya pihak media.
"Tunggu Isnin nanti (sidang media khas)," katanya ketika ditemui selepas Sesi Minda Negarawan: Iktibar 150 tahun Perjanjian Pangkor di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Sabtu.
Sebelum ini media melaporkan, Dr Mahathir menerusi hantaran di laman Facebook menempelak kerajaan yang dikatakan bertindak zalim terhadap musuh politik susulan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat anaknya itu berhubung dakwaan pengubahan wang haram.
Mirzan diperintahkan untuk isytihar aset alih dan tidak alih sama ada di dalam atau luar negara dalam tempoh 30 hari daripada tarikh diberikan notis.
Perintah tersebut merupakan tindakan lanjutan daripada siasatan SPRM berhubung maklumat dalam laporan Kertas Panama serta aktiviti perniagaannya yang membabitkan penjualan dan pembelian syarikat berkaitan kerajaan (GLC). - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 20 2024
Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun tidak memberi maklumat lanjut berhubung perkara berkenaan ketika ditanya pihak media. - Gambar fail/ Sinar Harian
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
53 hari dirawat di IJN, Tun M dibenarkan pulang hari ini
Setelah 53 hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang pada Isnin.
Peguam nasihat Tun M tidak sertai RCI Batu Puteh jika pengerusi tidak diganti
Peguam Dr Mahathir akan menasihatkannya tidak menyertai RCI berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sekiranya pengerusi suruhanjaya itu tidak diganti.
Tun M terima rawatan di IJN, perbicaraan kes fitnah ditangguh
Perbicaraan kes saman fitnah Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan pada Selasa ditangguh kepada 19 Julai ini.
'SPRM akan panggil Tun M jika ada bukti terlibat salah guna kuasa'
SPRM tidak menolak kemungkinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil sekiranya bukti menunjukkan terbabit dalam salah guna kuasa.
SPRM nafi dakwaan tidak bertindak atas SD Abdul Murad terhadap Anwar
SPRM menafikan dakwaan Dr Mahathir ia tidak menyiasat isu yang dibangkitkan dalam SD bekas Penolong Gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
'Sekejap-sekejap disoal polis, macam saya ini penjenayah' - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau diperlakukan seperti penjenayah selepas 10 kali disoal siasat polis sejak beberapa tahun lepas.
Tun M tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana, dijangka beri keterangan polis petang ini
Tun Mahathir dijangka memberi kenyataan kepada anggota polis pada jam 3 petang ini.
Ugutan terhadap Mirzan: Tun M adakan sidang media khas Isnin depan
Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan satu sidang media khas pada Isnin depan bagi mengulas isu-isu semasa serta dakwaan mengenai ugutan terhadap anaknya, Mirzan.