KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengalu-alukan sebarang bentuk siasatan berkenaan dakwaan ketidakcekapan dan ketirisan susulan laporan UiTM Holdings rugi RM157 juta.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, pihak yang berkenaan mesti memberikan kerjasama sewajarnya terhadap siasatan yang akan dilakukan.
Tegasnya, KPT sentiasa memberi penekanan khusus dalam perkara-perkara melibatkan nilai integriti dan tata kelola dalam tadbir urus universiti.
“Selain daripada siasatan yang dijalankan, KPT akan membuat semakan dan penambahbaikan terhadap garis panduan yang telah ditetapkan berkenaan pengurusan syarikat pegangan universiti serta mengukur kepatuhan oleh syarikat-syarikat yang berkaitan.
“KPT menegaskan bahawa pihak Kementerian tidak akan berkompromi sekiranya berlaku sebarang pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap garis panduan yang ditetapkan atau undang-undang sedia ada yang terpakai,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, kerugian berjumlah RM157 juta yang dilaporkan adalah berdasarkan kepada kiraan kerugian sebelum cukai terkumpul selama empat tahun iaitu bagi tahun 2017, 2018, 2019 dan 2021.
Keuntungan sebelum cukai terkumpul yang dilaporkan bagi tahun 2011, 2013, 2014, 2015 dan 2016 adalah sekitar RM26 juta.
UiTM Holdings Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan milik penuh UiTM yang menguruskan lapan buah syarikat berkaitan tenaga, penjagaan kesihatan, teknologi dan kreatif.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan sayap pelaburan Universiti Teknologi Mara (UiTM) iaitu UiTM Holdings Sdn. Bhd. yang sepatutnya menjana pendapatan kepada universiti itu direkod mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM157.04 juta.
Jumlah itu adalah bagi juta bagi tempoh empat tahun berturut-turut dan diperolehi berdasarkan laporan kewangan pada 2017 hingga 2021.
Memetik laporan itu lagi, syarikat yang menjadi harapan UiTM itu juga didapati tidak memaklumkan laporan kewangannya bagi tahun 2020.
Ridauddin Daud
Tue Feb 07 2023
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, pihak yang berkenaan mesti memberikan kerjasama sewajarnya terhadap siasatan yang akan dilakukan.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Jangan perkenalkan dasar yang bebankan rakyat miskin - PM
Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang. Timbunan hutang hanya membazirkan wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang.
[TERKINI] Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Bagaimanapun, hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel - PM Anwar
Dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar RM4 bilion setahun.
Rasuah adalah barah utama yang melemah ekonomi negara, menjatuhkan moral rakyat - PM
Kelemahan tatakelola dan amalan rasuah sudah sistemik, dari peringkat atas, peringkat penengah hingga ke peringkat bawahan.
Azizulhasni ketepi saingan Ridwan, juarai acara pecut di Nilai
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah menjuarai acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024.
Kawalan keselamatan di bangunan kerajaan, tempat tumpuan awam, kemudahan penting pada tahap tertinggi - PDRM
Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, pihak polis memandang serius insiden baru-baru ini yang menimbulkan kegusaran masyarakat awam.
UiTM Holdings belum capai objektif, mandat jana kekayaan buat UiTM - PAC
PAC mendapati UiTM Holdings Sdn Bhd serta anak-anak syarikatnya masih belum mencapai objektif dan mandat untuk mencipta kekayaan kepada UiTM.
Lembaga Pengarah jumpa UiTM Holdings minggu ini
Lembaga Pengarah UiTM akan mengadakan pertemuan dengan UiTM Holdings Sdn Bhd iaitu syarikat pegangan pelaburan milik penuh universiti itu, minggu ini.
SPRM siasat dakwaan seleweng RM157 juta UiTM Holdings
SPRM menyiasat dakwaan penyelewengan yang mengakibatkan kerugian RM157 juta oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Holdings Sdn Bhd.
UiTM Holdings rugi: KPT alu-alukan siasatan, mahu pihak terbabit beri kerjasama
KPT sentiasa memberi penekanan khusus dalam perkara-perkara melibatkan nilai integriti dan tata kelola dalam tadbir urus universiti.
Segaris Art Center anjur pameran bertemakan masjid-masjid di Selangor
Pameran bertemakan masjid-masjid di Selangor ini merupakan ilham daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.