JOHOR BAHRU:UMNO tidak memberi tekanan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan dalam masa terdekat, tetapi meminta ia diadakan selepas kes COVID-19 berada pada tahap yang rendah.
Naib Presidennya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata mengambil kira kebajikan rakyat yang berdepan pandemik COVID-19 dan banjir yang sedang melanda beberapa negeri ketika ini, dua isu itu menjadi keutamaan untuk diselesaikan buat masa ini berbanding soal PRU.
Katanya pada peringkat awal, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memang ada membayangkan untuk mengadakan PRU-15 dengan segera selepas mengambil kira jurang antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang seperti yang dilihat pada undian Belanjawan 2021.
"Tetapi dalam keadaan COVID-19 yang sedang dalam tahap kritikal, kita (UMNO) minta PRU diadakan selepas COVID-19 berada pada tahap rendah dan kita tidak menekan untuk dibuat pada waktu ini. Pada waktu ini, banjir pun sedang melanda Johor, Pahang serta ada sedikit Terengganu dan Kelantan.
"Biarlah kita bercakap secara rasional, bukannya kerana politik, kita bercakap kita hendak juga pilihan raya. Rakyat sedang memerhatikan kelakuan ahli politik. Jadi, biar kita tengok COVID-19 dan apa jua bencana, kita kena selesaikan (isu) rakyat dahulu dan selepas itu baru pergi kepada pilihan raya," katanya yang ditemui pemberita selepas meninjau Stesen Pencawang Utama Kabel Dasar Laut Tenaga Nasional Bhd (TNB) Senibong, di Permas Jaya, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengurus Besar Bahagian Strategi dan Kawal Selia TNB Johor, Mohamed Noh Seth.
Mahdzir yang juga Pengerusi TNB berkata demikian mengulas pandangan beberapa pihak supaya keutamaan diberi terhadap usaha mengawal penularan COVID-19 dan kebajikan rakyat dalam mendepani situasi banjir berbanding merangka percaturan politik mengadakan PRU dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan dilaporkan berkata mesyuarat perwakilan UMNO bahagian-bahagian menggesa agar PRU-15 diadakan sebelum berakhir suku pertama tahun ini bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat namun ia perlu tertakluk kepada situasi semasa COVID-19.-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 10 2021
Mahdzir berkata, COVID-19 dan banjir menjadi keutamaan untuk diselesaikan buat masa ini berbanding soal PRU. - BERNAMA
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Kesediaan hadir program di negeri pembangkang perlihat PM utamakan rakyat
Keterbukaan itu memperlihatkan sikap Perdana Menteri lebih mementingkan soal pembangunan dan kebajikan rakyat.
Bekas Speaker DUN Kedah meninggal dunia
Kesihatan bapanya merosot sejak dua minggu lepas dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta sebelum dipindahkan ke HSB.
Azraai Khor berdedikasi, utamakan kebajikan pemain - Mahdzir
Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah yang membimbing pasukan bola sepak Kedah antara 2004 hingga 2009 disifatkan sebagai seorang yang berdedikasi.
PRN: BN Kedah akui kekalahan, terima keputusan rakyat - Mahdzir
Barisan Nasional (BN) Kedah akur dengan keputusan yang diperoleh pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) kali ini.
Mahdzir Khalid kalah di Pedu
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.
PRN: Pedu akan jadi hab pengeluaran getah asli, tarik minat pelabur - Tok Det
Mahdzir berhasrat untuk menjadikan Pedu sebagai lubuk pengeluaran hasil getah.
Rakyat digesa pilih pemimpin mampu tadbir - Mahdzir
Kemajuan negeri bergantung kepada hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
PRN: Gelombang penolakan terhadap BN di Kedah sudah reda - Mahdzir
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata gelombang penolakan terhadap BN sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas dilihat kini telah reda.
PRN: Mahdzir anggap diri calon 'underdog', mahu rampas kerusi Pedu
Situasinya kini hampir menyamai tahun 2004 apabila kembali bertanding di DUN Pedu dan berjaya merampas kerusi daripada wakil rakyat Pas.
Gabungan PH, BN lancar Manifesto Perpaduan Negeri Kedah
Manifesto itu adalah hasil himpunan pemikiran bersama pimpinan BN dan PH bertujuan memastikan masa depan lebih baik untuk rakyat Kedah.