KUALA LUMPUR: Masih ada ruang untuk mempertahankan mempertahankan 'The Real Muafakat Nasional' jika Pas bersedia.

Itu kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjawab persoalan mengenai hala tuju parti itu bersama Pas menerusi Muafakat Nasional menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15.

'The Real Muafakat Nasional' yang merupakan suatu kerjasama yang wajib bersandarkan kepada penyatuan ummah yang jujur lagi ikhlas.

“UMNO sentiasa berusaha. Namun tiada guna bertepuk sebelah tangan. Justeru biarlah demokrasi yang menentukan sehingga tiba PRU-15.

“Ini bukan manifestasi ketamakan, sebaliknya biarlah ia "free for all",” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menerusi satu kenyataan di Facebook pada Selasa.

 
Sumber Facebook zahidhamidi.fanpage

Namun jelasnya, UMNO tidaklah "rigid" atau terlalu berkeras kerana masih ada ruang untuk mempertahankan 'The Real Muafakat Nasional' tersebut.

“Ramai berharapkan begitu, namun dalam keadaan sekarang UMNO perlu berdepan dengan realiti semasa," jelasnya. 

BACA: PRU15: UMNO pertahan semua kerusi Parlimen, DUN, mahu kembali dominan - Ahmad Zahid 

BACA: PRU15: Mampukah Bersatu saingi UMNO? - Penganalisis 

Kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, 'The Real Muafakat Nasional' merupakan suatu kerjasama yang wajib bersandarkan kepada penyatuan ummah yang jujur lagi ikhlas.

Namun dalam keadaan sekarang, UMNO perlu "move on" dan melangkah ke hadapan dengan segera kerana UMNO tidak boleh terus dalam ketidaktentuan.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai mengulas persoalan mengenai sama ada Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai UMNO dan Pas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 September 2019 masih wujud atau sebaliknya.

Terdahulu, Zahid menyatakan pendirian bahawa UMNO akan mempertahankan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang parti itu menangi pada pilihan raya umum yang lalu.

Ujarnya, keputusan itu sama seperti yang diputuskan secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tahun lalu.

BACA: Ini amaran Zahid: 'Khianat kerajaan Melaka, sedia terima tindakan'