KUALA LUMPUR:Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak memberi sebarang bayangan berhubung keputusan sama ada akan membuat undi belah bahagian atau sebaliknya pada bacaan Belanjawan kali ketiga pada Selasa.
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berkata semua perkara berkaitan Parlimen harus diuruskan menerusi cara yang betul pada sidang Parlimen.
“Kami nantikan. Walau apapun agendanya, ia mesti diuruskan di Parlimen.
“Kami harus menguruskan sebarang isu di Parlimen dengan baik,” kata Ahli Parlimen Semporna itu dalam temu bual bersama program Consider This pada Isnin.
BACA: Tun M, Ku Li harap Ahli-ahli Dewan Rakyat tolak Belanjawan 2021
BACA: Bacaan kali ketiga Belanjawan 2021: Laluan sukar untuk kerajaan?
Bagaimanapun, beliau kesal dengan perubahan kepada peraturan di Parlimen yang didakwanya, semata-mata untuk memenuhi kehendak kerajaan yang memerintah.
“Apabila saya sampai di sini dari Sabah, saya perlu menjalani kuarantin di rumah untuk 14 hari, dan tidak boleh meninggalkan rumah.
“Sementara beberapa menteri kabinet dan Ahli Parlimen daripada blok kerajaan yang merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID-19 dan sepatutnya menjalani kuarantin.
“Namun mereka boleh menghadiri Sidang Parlimen. Ia adalah sesuatu yang tidak betul,” katanya.
Beliau merujuk kepada keputusan yang diambil Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun untuk membenarkan tiga Ahli Parlimen yang menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) bagi hadir pada sesi pengundian Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 Peringkat Jawatankuasa di Sidang Dewan Rakyat pada Isnin.
BACA: Dewan Rakyat kecoh, tiga Ahli Parlimen 'muncul' dengan PPE
Tiga Ahli Parlimen tersebut ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan; dan P. Prabakaran (PH-Batu) diarahkan mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE).
Sebelum ini, Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) konsisten dengan pendirian mereka untuk menolak Belanjawan 2021.
Mereka dalam satu kenyataan menegaskan bahawa mereka akan membuat undi belah bahagian pada bacaan Belanjawan 2021 kali ketiga pada Selasa.
Isabelle Leong
Tue Dec 15 2020

SHAFIE: Kami nantikan. Walau apapun agendanya, ia mesti diuruskan di Parlimen. - Gambar fail

Nasib 700 pekerja kilang tayar Silverstone Taiping akan dibela - Exco
Setakat ini 200 pekerja syarikat Silverstone telah diserapkan ke kilang Toyo Tire Malaysia Sdn Bhd.

Lim Guan Eng menang rayuan berhubung ganti rugi kes saman terhadap Perkasa
Mahkamah membenarkan kos RM50,000 diberikan kepada Lim, yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga bekas Menteri Kewangan.

Nadal tarik diri daripada Terbuka Rotterdam kerana kecederaan belakang
Pemain nombor dua dunia itu sepatutnya akan mewakili Sepanyol dalam kejohanan di Rotterdam Ahoy itu minggu depan.

Akta 446: Kerajaan dicadang sediakan insentif kepada majikan, kontraktor
Kerajaan dicadang memberikan insentif atau subsidi kepada majikan dan kontraktor bagi memastikan mereka dapat menyediakan penempatan lebih baik kepada pekerja serta memutuskan rantaian COVID-19.

Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

AWANI Ringkas: Masih ramai tidak percaya, tidak yakin

Intelek gesa NGO bantu sedia kelas pasca PdPR
Pertubuhan Intelek Wawasan Malaysia (Intelek) menggesa lebih banyak NGO tampil membantu menyediakan kelas kepada pelajar pada fasa pasca pelaksanaan PDPR.

Peniaga dijangka lebih berhati-hati suku pertama 2021
Sektor industri merupakan sektor utama menunjukkan isyarat pemulihan namun masih dalam sentimen pesimis dengan petunjuk keyakinan -4.4 peratus pada suku tahun 2021.

Upacara perkahwinan bukan Islam dibenar di kawasan PKP, PKPB, PKPP - JPN
Keputusan itu dibuat kerajaan bagi membolehkan upacara perkahwinan bukan Islam yang tertangguh semasa tempoh PKP 2.0 dapat dilaksanakan.

Ingkar PKP: Denda RM10,000 bagi kesalahan pertama buat rakyat, penguatkuasa pening kepala - Najib
Pelaksanaan denda RM10,000 bagi kesalahan pertama ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mengakibatkan masyarakat tidak akan berpuas hati, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Persidangan Dewan Rakyat hari ini tidak akan ditangguh
Perkara itu diusulkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan.

Undi belah bahagian: UMNO sokong Belanjawan 2021 demi rakyat - Nazri Aziz
Menurut Nazri, kerajaan memerlukan perbelanjaan untuk membantu rakyat dan juga melawan pandemik COVID-19.

Undi belah bahagian: Apa yang akan berlaku? Nantikan... - Shafie Apdal
Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata semua perkara berkaitan Parlimen harus diuruskan dengan cara yang betul pada sidang Parlimen.

Tukar Ketua Pembangkang, pemimpin muda pun boleh - Ketua Whip Warisan
Kita rasa tidak puas hati dan merasakan telah tiba masanya untuk kita bagi isyarat yang mana kami rasakan kepimpinan blok pembangkang ini perlu dilihat semula.

Sidang Dewan lancar selepas kecoh hari pertama
Usul yang mendapat bantahan daripada pihak pembangkang itu, lulus apabila undi yang dilakukan secara belah bahagian menyaksikan 111 Ahli Parlimen menyokong, 109 tidak sokong.

Keputusan undi belah bahagian KPDNKK sah - Pandikar Amin
Pandikar berkata keputusan itu dibuat setelah beliau mendapati proses undi yang dilakukan adalah mengikut Peraturan Mesyuarat dan keputusan yang diperoleh adalah sah.