Perkhidmatan teksi di negara ini jauh daripada efisyen.

Kita selalu mendengar rungutan pelanggan, daripada dikenakan tambang yang berlebihan kepada sering ditipu dan tidak ketinggalan ada di kalangan pemandu teksi yang enggan menggunakan meter.

Salah satu isu yang sering dibangkitkan adalah monopoli di kalangan pengusaha teksi dan hanya mahu mengambil penumpang di lokasi pilihan mereka sahaja.

Ini menunjukkan bagaimana tidak efisyennya sistem yang ada dan telah memberikan kesan kepada keseluruhan perkhidmatan tersebut.

Sertai undian kami bagi menyatakan pandangan anda berkenaan sistem perkhidmatan teksi di seluruh negara.