GEORGETOWN: Akademi Boria mengharapkan bantuan daripada kerajaan Pulau Pinang dan Jabatan Warisan Negara dalam usaha untuk mengiktiraf seni persembahan boria sebagai Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Pengarahnya, Jibran Khalil Sindamadar berkata, boria wajar diangkat sebagai warisan dunia kerana ia merupakan seni unik yang wujud di negara ini sejak abad ke-19 dengan merangkumkan empat cabang dalam satu persembahan iaitu sketsa atau lakonan, rangkap karangan (lirik), tukang karang (nyanyian) dan gerak tari tambahan.
Justeru, beliau berkata, akademi itu sedang berusaha memperjuangkan supaya boria disenaraikan sebagai Warisan Dunia UNESCO agar ia dapat dipertahankan seterusnya menjadi satu warisan yang tidak hilang ditelan zaman.
"Usaha telah dibuat sejak 2018 lagi apabila kita bersama Presiden Pertubuhan Jawi Peranakan, Datuk Dr Wazir Jahan Karim ketika beliau melancarkan buku Boria: From Passion Play To Malay-Jawi Peranakan Parody telah mencadangkan agar boria disenaraikan sebagai warisan hidup UNESCO.
"Permohonan juga pernah diserahkan kepada Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik yang ketika itu Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Kita masih mengharapkan kerajaan negeri, Jabatan Warisan dan pihak Georgetown World Heritage dapat membantu," katanya kepada Bernama pada Majlis Jamuan Yaribba Boria Raya 2024, di sini, baru-baru ini.
Pada majlis itu, seramai 13 individu termasuk Jibran Khalil menerima Sijil Seniman Boria yang disampaikan Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, sebagai pengiktirafan dan penghargaan terhadap penggiat boria yang menyumbang tenaga serta kreativiti dalam memartabatkan seni itu sejak berpuluh tahun.
Menurut Jibran Khalil, selain menuntut pengiktirafan UNESCO, pihaknya turut mengusulkan supaya nama Jalan Boria menggantikan Lorong Kulit kerana di situ merupakan tempat kemegahan persembahan boria pada awal tahun 50-an.
Dalam pada itu, beliau berkata, akademi yang ditubuhkan 10 tahun lepas itu, kini giat berusaha memulihara boria dengan masuk ke sekolah rendah dan menengah untuk mencari pelapis dalam kalangan generasi muda sebagai penyambung kepada warisan tersebut.
Akademi Boria juga dalam perancangan untuk menjalin kerjasama dengan institusi pengajian tinggi bagi menjadikan akademi itu sebagai pusat penyelidikan dan pedagogi agar kesenian boria dapat diperkasakan serta diwarisi generasi akan datang. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 16 2024
Menurut Jibran Khalil, boria wajar diangkat sebagai warisan dunia kerana ia merupakan seni unik yang wujud di negara ini sejak abad ke-19. - Foto BERNAMA
Akaun Fleksibel: Literasi bantu capai kesejahteraan kewangan
Adalah penting untuk memberi penekanan terhadap aspek literasi kewangan bagi membolehkan orang ramai mencapai matlamat utama yang disasarkan, iaitu kesejahteraan kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Pameran automobil Beijing 2024 beri gambaran teknologi masa depan Proton
Antaranya ialah konsep kenderaan utiliti sukan (SUV) perdana berteknologi tinggi, Galaxy Starship, yang menunjukkan komitmen Geely untuk memajukan teknologi automotif.
Jumlah korban banjir lahar dingin di Indonesia meningkat
Sebanyak 52 orang ditemukan terkorban dan 17 lagi dilaporkan hilang selepas banjir lahar dingin merosakkan rumah, bangunan dan kemudahan awam di wilayah Sumatera Barat, Indonesia.
AWANI Borneo [14/05/2024] - Hilang kawalan | SUKMA 2024 | Komitmen naik taraf
#AWANIBorneo Selasa, 14 Mei 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Terbabas ke bahu jalan, pemandu lori simen maut
2. SUKMA 2024: Lebih RM200 juta naik taraf fasiliti sukan di Sarawak
3. Potensi Labuan jadi pusat pelancongan utama negara
1. Terbabas ke bahu jalan, pemandu lori simen maut
2. SUKMA 2024: Lebih RM200 juta naik taraf fasiliti sukan di Sarawak
3. Potensi Labuan jadi pusat pelancongan utama negara
FAM perlukan lagi sokongan kerajaan - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata badan induk itu memerlukan lagi sokongan daripada kerajaan terutama dalam memajukan bola sepak negara.
Lebih RM200 juta naik taraf fasiliti sukan menjelang SUKMA 2024
Lebih RM200 juta telah digunakan untuk menaik taraf fasiliti sukan di Sarawak, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menjelang penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 Sarawak 2024.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Warisan belum buat keputusan jalin kerjasama, kukuhkan parti
Warisan masih belum membuat sebarang keputusan untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti nasional dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
17,500 hektar kawasan baharu sawah padi diperlukan
Sarawak perlukan sejumlah 17,500 hektar kawasan baharu dilengkapi infrastruktur penghasilan padi bagi mengeluarkan 392 ribu tan metrik padu untuk mencapai 100 peratus Tahap Sara Diri (SSL) negeri itu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha pemulihan - Kor Ming
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha menuju pemulihan yang dibuktikan dengan peningkatan jumlah dan nilai urus niaga hartanah pada tahun lepas serta pertumbuhan ekonomi yang stabil.
Terbabas ke bahu jalan, pemandu lori simen maut
Seorang lelaki maut selepas lori simen dipandunya hilang kawalan dan terbalik di bahu jalan di kawasan Loji Cinta Mata, di Jalan Table, Tawau pada Selasa.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Usaha mengiktiraf boria sebagai warisan dunia UNESCO
Akademi Boria sedang berusaha memperjuangkan supaya boria disenaraikan sebagai Warisan Dunia UNESCO agar ia dapat dipertahankan seterusnya menjadi satu warisan yang tidak hilang ditelan zaman.
Sultan Perak berkenan isytihar pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark.
Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco
Kerajaan Selangor tidak bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi di negeri itu sebagai tapak warisan dan mendapatkan pengiktirafan UNESCO buat ketika ini.
Kampung Baru Cina: Kor Ming ajak UMNO bincang
Menurut beliau, pertemuan itu bagi menjelaskan fakta sebenar berhubung cadangannya itu.
Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming
Tegas Asyraf Wajdi, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.
Kemboja: Tambak di bahagian barat Angkor Wat dilancar
Pemuliharaan dan pengukuhan tambak dengan mengekalkan bentuk asalnya telah meningkatkan nilai kuil Angkor Wat.
Venice tidak disenarai sebagai tapak warisan terancam - UNESCO
Keputusan itu dibuat oleh sebuah jawatankuasa UNESCO yang sedang bermesyuarat di Riyadh, Arab Saudi.
Pulau Pinang kekal komited pelihara tapak warisan - KM
Kerajaan Pulau Pinang kekal komited memelihara tapak warisan dalam negeri kerana ia amat penting bagi generasi akan datang.
PBB bincang isu sisa buangan plastik di Persidangan Paris
Sesi rundingan selama lima hari akan berlangsung di ibu pejabat UNESCO di Paris bermula Isnin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.