NILAI: Buat julung kalinya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tersenarai dalam kedudukan keseluruhan 1,201 hingga 1,400 Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2024.
Naib Canselor USIM Prof Datuk Ts Dr Sharifudin Md Shaarani dalam kenyataan berkata penarafan tersebut membuktikan USIM antara universiti terbaik dunia yang mengangkat dan memartabatkan institusi ilmu Naqli dan Aqli bagi konteks membangunkan keilmuan, kesarjanaan dan kemahiran dalam pelbagai bidang.
Antaranya bidang halal, kewangan dan perbankan Islam serta dakwah Orang Kurang Upaya (OKU) setanding dengan universiti terkemuka lain di peringkat antarabangsa.
"Tahun ini QS World University Rankings mengukur prestasi 2,963 institusi pendidikan berdasarkan lima indikator utama iaitu penemuan penyelidikan, hasil dan kebolehpasaran, pengalaman pembelajaran, jaringan global (nisbah staf akademik antarabangsa, jaringan penyelidikan antarabangsa dan pelajar antarabangsa) serta kemampanan penarafan QS," katanya.
Beliau berkata pencapaian membanggakan itu atas usaha dan semangat berpasukan warga USIM kepada pihak berkepentingan bagi mencapai aspirasi sebagai universiti rujukan global pada 2025.
Katanya USIM disenaraikan dalam kedudukan 501 hingga 550 bagi QS Asia University Rankings pada 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2023
Penarafan tersebut membuktikan USIM antara universiti terbaik dunia yang mengangkat dan memartabatkan institusi ilmu Naqli dan Aqli. - Foto FB USIM
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
USIM tersenarai dalam QS World University Rankings
USIM tersenarai dalam kedudukan keseluruhan 1,201 hingga 1,400 Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2024.
Harga barangan bakal naik lagi - Pakar ekonomi
Kenaikan harga itu melibatkan barangan tertentu seperti makanan dan perkhidmatan.
Bas USIM terbabas: Perkembangan pelajar dipantau rapat - Zulkifli
Bas tersebut dalam perjalanan membawa pelajar dari Kolej Kediaman USIM menuju ke kampus untuk mengikuti sesi pengkuliahan.
USIM kurangkan yuran pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengurangkan RM4 juta yuran pengajian susulan majoriti pelajarnya menjalani pembelajaran dalam talian sepanjang tempoh pandemik COVID-19 pada tahun ini.
COVID-19: Kerajaan disaran aktifkan semula pusat kuarantin MAEPS
Melihat kepada perkembangan semasa penularan jangkitan wabak COVID-19 di Semenanjung Malaysia, ia sememangnya menjadi satu keperluan untuk membuka semula operasi pusat kuarantin tersebut.
USIM arah kakitangan kendiri, kerja dari rumah mulai esok
Kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 diarah untuk menjalani kuarantin kendiri dan dibenarkan bekerja dari rumah selama 14 hari.
Mashitah Ibrahim dilantik Ahli Lembaga Pengarah baharu USIM
Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia Datuk Dr Mashitah Ibrahim dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu berkuat kuasa Isnin.
Masalah rumah tangga ketika PKP? Klinik Guaman USIM laksana e-konsultasi
Dalam keadaan suami isteri terpaksa duduk di rumah, rupa-rupanya mencetuskan cabaran lebih besar kepada mereka.
Musa Hassan dilantik Ahli Lembaga Pengarah USIM yang baharu
Pelantikan bekas Ketua Polis Negara itu telah dipersetujui Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad.
PKP: Enam pelajar IPTA terkandas berteduh di USIM
Mereka terdiri daripada tiga pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan dua pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM).