KUALA LUMPUR: Wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu berperanan secara proaktif dalam menyedarkan masyarakat di kawasan yang mereka mengenai keperluan mengambil suntikan vaksin COVID-19.
Dalam masa sama, Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee berkata, mereka juga boleh mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan supaya menggunakan kaedah pendaftaran atau semakan pengundi bagi mengatasi kesesakan yang dilaporkan berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.
"Soal sama ada cadangan itu relevan atau sebaliknya, mereka boleh mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit, khususnya Pusat Kesihatan Negeri (PKN) dan Daerah (PKD) termasuk menyediakan lokaliti sejajar kapasiti mereka sebagai wakil rakyat.
"Pada hemat saya, wakil-wakil rakyat di peringkat Parlimen dan negeri adalah orang yang paling hampir dengan rakyat (pengundi) yang mereka wakili terutama di kawasan pedalaman yang sememangnya amat memerlukan pelbagai bentuk bantuan, sokongan dan penerangan yang jelas.
"Saya diifahamkan, puluhan ribu orang yang layak menerima suntikan COVID-19 di beberapa negeri dilaporkan gagal berbuat demikian atas pelbagai sebab termasuk ketiadaan kemudahan pengangkutan, capaian internet rendah dan tidak mendapat penerangan betul berhubung keperluan menerima suntikan tersebut," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya pada Isnin.
Untuk rekod, Malaysia mempunyai sebanyak 222 kawasan Parlimen dan 577 kerusi DUN termasuk di Sabah dan Sarawak.
BACA: Sultan Muhammad V titah wakil rakyat Kelantan bantu penduduk dapatkan vaksin
BACA: COVID-19: 1,052,145 individu telah lengkapkan dua dos vaksin - Dr Adham
Sebelum ini, Sultan Muhammad V menitahkan semua wakil rakyat di Kelantan agar membantu rakyat negeri itu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Setiausaha Sulit Kanan kepada Sultan Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata ia susulan luahan dukacita baginda terhadap peratusan pendaftaran bagi suntikan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di negeri itu yang dilihat antara terendah di negara ini.
Dalam pada itu kata Syed Ali, ia usaha semua pihak untuk memutuskan rangkaian penularan pandemik COVID-19 di negara ini.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. memaklumkan, seramai 1,052,145 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.
Dr Adham menerusi akaun Twitternya berkata seramai 1,860,864 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 2,913,009 dos setakat semalam.
Dr Adham berkata lima negeri yang telah melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 139,427 dos diikuti Sarawak (109,934), Perak (97,558), Kuala Lumpur (94,398), dan Johor (92,231).
Astro Awani
Mon May 31 2021
Kata Syed Ali, ia usaha semua pihak untuk memutuskan rangkaian penularan pandemik COVID-19 di negara ini. - Foto fail
MOTS bekerjasama dengan pelbagai agensi selesaikan kes penumpang terkandas
Kementerian pengangkutan Sarawak (MOTS) akan terus bekerjasama dengan beberapa agensi dalam menyelesaikanisu penumpang terkandas akibat pembatalan penerbangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Letusan Gunung Ruang: Penduduk bergejala pernafasan diminta dapatkan rawatan segera
Pengarah JKNS Datuk Dr, Asits Sanna meminta orang ramai yang memiliki tanda dan gejala pernafasan agar segera mendapatkan rawatan kerana dibimbangi tersedut debu Gunung Berapi Ruang.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kanak-kanak dua tahun lemas dalam tasik berhampiran masjid
Mangsa terjatuh ke dalam tasik berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.
Pusat Jantung Negara akan diwujudkan di Sabah dengan peruntukan segera RM80 juta - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera RM80 juta bagi menaik taraf Hospital Queen Elizabeth II kepada Hospital Pakar Jantung.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Ekonomi Sabah di landasan tepat - Hajiji
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan GRS berjaya meletakkan Sabah di landasan betul dengan pertumbuhan positif ekonomi negeri itu sejak tiga tahun lalu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pelajar perlu jelaskan status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah - JPNS
JPNS memohon pelajar untuk menjelaskan status kesihatan masing-masing kepada pihak sekolah sebelum menyertai sebarang program di dalam dan luar bilik darjah terutama melibatkan aktiviti fizikal.
AWANI Ringkas: Lebih 34,000 nyawa rakyat Palestin terkorban
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Waspada taktik 'scammer' guna nama pegawai Kementerian Komunikasi
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
RUU penubuhan MCBA dijangka dibentang di Parlimen Julai ini
Kerajaan dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) di Parlimen pada Julai ini.
Pelan akses jalur lebar, barangan subsidi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu mengenai akses jalur lebar diutarakan Edwin Anak Banta (GPS-Selangau) kepada Menteri Komunikasi pada sesi soal jawab.
Rancangan pengembalian kalendar persekolahan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Persoalan berhubung kalender sesi persekolahan itu akan dikemukakan oleh YB Parit Buntar kepada Menteri Pendidikan.
Cadangan penambahbaikan Akta 711 dijangka dibentang di Parlimen tahun ini - Azalina
Cadangan penambahbaikan bagi Akta 711 yang antara lain melibatkan mekanisme pemusatan penerimaan aduan kelakuan tidak wajar, dijadual untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini.
LCS: RM7.02 bilion telah dibayar kerajaan sehingga kini - Menteri Pertahanan
Angka itu merupakan 62.49% daripada jumlah kos projek berjumlah RM11.22 bilion, dibayar mengikut kontrak yang ditetapkan.
Isu kurma dari Israel dan subsidi telur antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Rosol minta menteri nyatakan apakah tindakan yang telah diambil susulan pembongkaran terdapatnya kurma dari Israel dibawa masuk ke Malaysia.
Isu kematian pelarian di pusat tahanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Guan Eng minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tentang laporan baru HRW yang mendakwa kerajaan menindas kumpulan pelarian di pusat tahanan.
Parlimen Malaysia tidak boleh renggang dengan rakyat - YDP Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia tidak boleh renggang dengan rakyat sebaliknya rakyat perlu diberi penjelasan mengenai peranan dan fungsi sebenar institusi itu.