awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rayuan Najib untuk hidupkan semula saman terhadap Tommy Thomas ditolak
Letupan di universiti swasta: Polis klasifikasi kematian pekerja kontraktor sebagai mati mengejut
Musa diperintah bayar RM250,000 fitnah Hannah isu Kristianisasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video intim: Azmin serah kepada pihak berkuasa dedahkan dalang

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
22/07/2019
11:59 MYT
Video intim: Azmin serah kepada pihak berkuasa dedahkan dalang
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (tengah) ketika ditemui selepas majlis Silaturrahimi Bersama Warga Felcra di Dewan Felcra Seberang Perak hari ini. - Foto BERNAMA
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau tidak akan mendedahkan siapa dalang di sebalik penyebaran video intim yang dikaitkan dengan dirinya.
Sebaliknya, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk berbuat demikian, meskipun dikatakan sudah mengetahui siapa dalang tersebut.
Menurut Mohamed Azmin, memandangkan kes berkenaan telah disiasat oleh pihak berkuasa, justeru beliau tidak mempunyai hak untuk mendedahkannya.
“Saya tegaskan, itu kita serahkan kepada pihak berkuasa, dan mereka sudah pun membuat laporan awal hasil siasatan bahawa ada tangan-tangan ghaib yang terlibat dan dengan jumlah yang begitu besar untuk lancarkan serangan fitnah ini.
"Jadi kita serah kepada pihak berkuasa dan saya tidak mempunyai peranan untuk membuat pendedahan tersebut kerana siasatan dibuat oleh pihak berkuasa,” kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu pada Majlis Silaturrahimi Bersama Warga Felcra di Dewan Felcra, Kampung Gajah, hari ini.
BACA: 'Kesetiaan kita ada batasnya' - Azmin
Mohamed Azmin, dalam kenyataannya semalam, berkata beliau tahu siapa yang menjadi dalang utama di sebalik penyebaran video seks sejenis yang dikaitkan dengan dirinya itu.
Beliau juga menegaskan akan terus bangkit melawan serangan terhadap dirinya yang terpalit dengan kontroversi tersebut.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#dedahkan dalang
#Dewan Felcra
#Menteri Hal Ehwal Ekonomi
#penyebaran video intim
#pihak berkuasa
#serah kepada pihak berkuasa
#serangan fitnah
#Timbalan Presiden PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan