KUALA LUMPUR:Pesakit COVID-19 yang berada di pusat kuarantin bebas melakukan apa sahaja aktiviti sesama mereka kerana tiada lagi risiko menjangkiti orang lain.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani berkata, situasi seperti yang digambarkan dalam beberapa video tular, di mana pesakit melakukan senaman dan merakam video tarian TikTok bersama-sama di pusat kuarantin, bukan satu masalah.
"Tidak timbul lagi isu penjarakan fizikal kerana penjarakan fizikal adalah untuk mengelakkan mereka yang sihat daripada dijangkiti.
"Tetapi bagi pesakit yang berada di pusat kuarantin, tiada lagi risiko itu kerana semuanya sudah dijangkiti.
"Begitu juga tidak perlu lagi menjarakkan katil mereka serta tidak perlu juga untuk mengelak menggunakan ruang bersama," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI.
Sebaliknya, aktiviti sedemikian dilihat sebagai sesuatu yang baik terutama dalam membantu meningkatkan moral pesakit.
"Kita dapat lihat bagaimana mereka saling memberi sokongan kepada satu sama lain.
"Yang baru masuk, mereka akan beri kata-kata semangat manakala yang keluar, mereka memberi sorakan dan saling mendoakan.
"Ini perkara yang baik dan bukan satu masalah," ujarnya.
"Kalau boleh, pilih untuk duduk di bilik yang mempunyai bilik air sendiri. Jika terpaksa berkongsi, pastikan bilik air dibersihkan dengan cecair pencuci seperti Clorox.
"Bukan bilik air sahaja tetapi semua tempat yang disentuh seperti suis lampu, tombol pintu dan sebagainya.
"Selain bilik air, elakkan keluar ke ruang lain seperti dapur atau ruang tamu. Jika terpaksa keluar, pesakit dan penghuni lain perlu memakai pelitup separuh muka.
"Makanan boleh dihantar tanpa bersemuka. Mungkin boleh tinggalkan di hadapan bilik. Sebaiknya, gunalah pinggan dan perkakasan pakai buang. Malah, pakaian juga perlu dicuci berasingan," katanya.
Madiha Abdullah
Sat Jan 16 2021

Tiada masalah psakit lakukan aktiviti bersama di pusat kuarantin kerana mereka tidak lagi berisiko menjangkiti individu sihat. - Foto/Tiktok/fakh__

Rentas daerah: Kegiatan ekonomi di pekan Rantau Panjang kembali rancak
Hampir 95 peratus kedai dan gerai telah dibuka selain kenderaan yang keluar dan masuk juga semakin bertambah.

Lembu KK Elit lebih besar, hasil formulasi makanan ternakan MARDI
Penyelidikan MARDI bagi formulasi makanan ternakan mengikut pengeluaran bagi lembu jenis Kedah Kelantan Elit (KK Elit) itu diusahakan secara berterusan sejak 12 tahun lalu.

Perak pertama bina tempat rehat, rawat untuk penghantar makanan
Sebagai permulaan, tujuh tempat 3R akan dibina di Bandaraya Ipoh yang melibatkan peruntukan hampir RM500,000.

PKPB, PKPP: MOTAC keluar senarai premis pelancongan dibenar beroperasi
Premis terlibat termasuk muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya serta persembahan budaya dan lain-lain.

Dua remaja dimasukkan ke hospital Labuan selepas disengat obor-obor
Kedua-dua mangsa sedang berkelah bersama keluarga mereka di pantai sebelum insiden itu berlaku pada 11 pagi.

Retrospektif #MH370
Retrospektif MH370: Galeri photo mengenang kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku berikutan nahas MH370 pada 8 Mac 2014

Kawasan tangki minyak di Syria musnah diserang peluru berpandu
Menurut laporan, serangan yang dibuat itu adalah dengan menggunakan peluru berpandu balistik

Politik | Tiada krisis dalaman dalam UMNO
Tiada sebarang krisis dalam UMNO, kata Datuk Seri Mahadzir Khalid. Naib Presiden UMNO itu berkata, berhubung isu kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ia bukannya satu krisis apabila apa yang berlaku ialah hanya pemimpin memberi pandangan masing-masing.

Wanita Tulang Belakang Keluarga, Komuniti dan Negara
Wanita mempunyai peranan yang cukup besar di peringkat keluarga sehingga ke antarabangsa. Sehubungan itu, Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menyeru semua pihak agar bangkit menyokong peluang kesaksamaan wanita.

Politik | MIC sokong gubal undang-undang anti lompat parti
MIC menyokong penuh pendapat beberapa pemimpin parti yang mencadangkan supaya kerajaan menggubal segera undang-undang anti lompat parti di negara ini. Presidennya, Tan Sri S.A. Vigneswaran sifatkan perbuatan lompat parti itu sebagai budaya tidak sihat dan pengkhianatan kepada parti serta pengundi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Ahad
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PM sifatkan peluang tunai umrah amanah, bukan keistimewaan peribadi
Perdana Menteri berkata beliau memahami kerinduan umat Islam khususnya di Malaysia untuk kembali ke Tanah Suci dan kerinduan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Berita tempatan pilihan sepanjang Ahad
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pearly-Thianaah, juara Jelajah BWF di Terbuka Switzerland
Bintang yang sedang meningkat dan berada pada tangga ke-30 ranking dunia, beraksi cemerlang untuk menjuarai Terbuka Switzerland.

COVID-19: Perintah sekatan di Auckland kembali dilonggarkan ke tahap dua
Sebarang perhimpunan sosial dihadkan kepada 100 orang pada satu masa.

COVID-19: Kelonggaran sekatan di UK mula dengan pembukaan sekolah pada Isnin
Orang ramai digesa untuk mematuhi prosedur operasi standard dan berjaga-jaga agar sekatan tersebut tidak lagi terbatas selepas ini.

201 kes, dua kluster baharu di Sarawak
Sibu mencatat kes tertinggi di Sarawak hari ini dengan 75 kes dan dua kluster baharu.

PKPD di Kg. Tringgus, ini 5 perkara penting kenyataan media Ismail Sabri
442 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP, 430 dikompaun, 11 direman.

Parlimen tidak boleh bersidang sebab ramai 'orang tua' hanya alasan - Tun M
"Saya ini umur 95 (tahun), saya pergi ke Parlimen kerap dan saya tak dapat sakit apa (pun), saya pun tak dijangkiti wabak sehingga hari ini saya dapat suntikan."

PKPD di Kg. Tringgus, Sarawak bermula esok - Ismail Sabri
Kerajaan juga akan melanjutkan tempoh PKPD di Kg. Tanah Merah, Kota Marudu, Sabah, yang sepatutnya berakhir esok.