awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntung mati tersangkut di rawai di Sungai Kemaman
KPT, MQA adakan perbincangan teliti aspek teknikal pengiktirafan kelulusan pendidikan
The Voice of Hind Rajab: Penonton Malaysia tiga tertinggi di dunia - Teo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Walau disengat 3 kali, Syed Saddiq tetap tamatkan perlumbaan

Astro Awani
Astro Awani
25/11/2018
10:55 MYT
Walau disengat 3 kali, Syed Saddiq tetap tamatkan perlumbaan
Cabaran Warriors, 11KM halangan dijalankan, selesai dalam satu jam 50 minit, walau hanya empat jam tidur. -Gambar fail
DISENGAT tiga kali, tidur hanya empat jam, namun cabaran tetap diteruskan.
Itu yang diharungi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berjaya menghabiskan perlumbaan fizikal sejauh 11 kilometer (KM) pada kejohanan lasak 'Warrior Challenge' di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), semalam.
"Cabaran Warriors, 11KM halangan dijalankan, selesai dalam satu jam 50 minit, walau hanya empat jam tidur.
"Saya juga disengat... ia adalah hadiah 'selamat datang'," tulis Syed Saddiq.
Steady YB! Tak bolehla bekas pelajar Royal Military College (RMC) tak join larian ni. Larian 4 km, merentas sungai dan bukit serta membawa bebanan seberat 25 kg merupakan antara cabaran yg perlu ditempuhi beliau.#YouthPower#BetulPowerNi pic.twitter.com/d2k6s9U6YL
— KBS (@KBSMalaysia) November 24, 2018
Antara cabaran yang dilalui termasuk merentasi air dengan jarak 100 meter di atas Jet-Float, trek merempuh halangan, rock climbing, merentas desa sejauh 2.4 kilometer dan cabaran terakhir iaitu memikul 20 kilogram beg pasir atau 25 kilogram kayu balak ke garisan penamat.
Bukan saja tidak mengalah, malah beliau sudah pun berkira-kira untuk mengikuti cabaran yang lebih hebat tahun depan.
"Tahun depan, 'Ironman'," tulis Syed Saddiq.
Difahamkan, perlumbaan fizikal itu bercirikan ala ketenteraan yang menguji stamina fizikal dan semangat kekentalan minda peserta.
Topic Berkaitan
#Belia
#Jet-Float
#Ketenteraan
#Menteri Belia dan Sukan
#sukan
#Syed Saddiq
#Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
#UPNM
#Warrior Challenge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan