awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ditemui maut selepas bertengkar, dipercayai dibunuh suami

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
18/04/2023
07:49 MYT
Wanita ditemui maut selepas bertengkar, dipercayai dibunuh suami
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I sejurus ditemui untuk tujuan bedah siasat. - Foto PDRM
KOTA KINABALU: Seorang wanita ditemui maut dipercayai dibunuh oleh suaminya di dalam sebuah bilik sewa di Jalan Pantai, di sini, hari ini.
Turut ditemui dalam bilik yang sama, suami mangsa yang terbaring dan mempunyai kesan kelar di dahi dipercayai cuba membunuh diri.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai dibunuh berikutan kesan lebam pada leher akibat dicekik, selain kesan luka pada dahi.
Menurut saksi yang juga jiran mangsa, pasangan terbabit sebelum itu bertengkar sekitar jam 5.00 pagi.
"Kes ini lebih kepada konflik rumah tangga antara mangsa dan suaminya kerana sebelum kejadian, jiran mangsa terdengar pertengkaran antara kedua-dua mereka.
"Kejadian disedari jiran pasangan yang terdengar pertengkaran sebelum suami mangsa mengetuk pintu dan meminta mereka keluar dari bangunan berkenaan, kira-kira jam 5.00 pagi.
"Mangsa dipercayai dibunuh oleh suami berikutan terdapat kesan lebam pada leher akibat dicekik selain kesan luka pada dahi," ujar Zaidi dalam satu kenyataan pada hari ini.
Mangsa dan suaminya yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemui pada jam 8.00 pagi di bilik sewa berkenaan. - Foto PDRM
Mangsa dan suaminya yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemui pada jam 8.00 pagi di bilik sewa berkenaan. - Foto PDRM
Mangsa dan suaminya yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemui pada jam 8.00 pagi di bilik sewa berkenaan selepas satu panggilan polis dibuat oleh jiran mengenai kejadian.
Siasatan awal turut mendapati mangsa hanya bekerja sebagai suri rumah manakala suaminya bekerja di sebuah restoran.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I sejurus ditemui untuk tujuan bedah siasat selain motif sebenar kejadian masih dalam siasatan.
Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#wanita maut
#dibunuh suami
#bunuh diri
#Kota Kinabalu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan