TUMPAT: Seorang buruh ditahan reman lima hari oleh Mahkamah Majistret Tumpat, di sini hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang wanita mengandung yang ditemukan dengan kesan tembakan di bahagian perut.
Mangsa ditemukan dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan di Kampung Repek, di sini petang semalam.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 40 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Kamarul Hasyime Rosli bermula hari ini sehingga Khamis depan.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, pihaknya menahan lelaki terbabit jam 11.30 malam tadi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
BACA: Wanita hamil mangsa tembakan merupakan ibu tunggal tiga anak
BACA: Wanita mengandung ditemui maut dengan kesan tembakan pada perut
Mayat mangsa yang berusia 26 tahun dan mengandung tujuh bulan itu ditemukan oleh orang awam sekitar 4 petang semalam sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.
Mangsa yang bekerja yang sebagai peniaga ditemukan terbaring di tempat duduk pemandu.
Pemeriksaan polis kemudiannya mendapati terdapat kesan tembakan di perut kiri mangsa.
Hasil temubual bersama seorang saksi mendapati, kenderaan itu itu diparkir di tepi jalan sejak petang kelmarin.
Turut ditemukan satu kelongsong peluru di bahagian kaki tempat duduk penumpang belakang sebelah pemandu.
Muhafandi Muhamad
Sun Jun 05 2022
Muhammad Zaki berkata, pihaknya telah menahan lelaki terbabit jam 11.30 malam tadi. - Foto BERNAMA
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merantasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Wanita hamil 5 bulan dicekup khalwat
Menurut PADK, wanita itu bekerja di Kulim manakala suaminya bekerja di Ipoh dan mereka dipercayai baru tujuh bulan berkahwin.
UNRWA bergelut sediakan penjagaan untuk 50,000 wanita hamil di Gaza
Terdapat kira-kira 50,000 wanita hamil di Semenanjung Gaza dengan lebih 180 kelahiran setiap hari.
50,000 wanita hamil di Gaza, 180 kelahiran setiap hari
Doktor dan bidan sedang melakukan segala yang mungkin untuk menyediakan penjagaan wanita hamil selepas bersalin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
50,000 wanita hamil di Gaza tidak dapat khidmat kesihatan asas - UNFPA
Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) berkata 50,000 wanita hamil di Semenanjung Gaza tidak memperoleh akses perkhidmatan kesihatan asas.
50,000 wanita hamil tiada akses air bersih di Gaza - PBB
Matlamat mangsa di Gaza khususnya kaum wanita yang hamil pada masa ini hanyalah untuk bernafas bagi meneruskan kehidupan.
Wanita mengandung sembilan bulan curi gelang emas RM45,000
Suspek berusia 36 tahun direman tiga hari hingga 11 Jun bagi membantu siasatan, manakala suspek berusia 29 tahun yang mengandung sembilan bulan dilepaskan dengan jaminan polis.
Britain galakkan perokok tukar kepada vape
Wanita hamil yang merokok pula akan ditawarkan insentif kewangan untuk membuat perubahan menukar rokok kepada vape.
Unit Udara Bomba bantu wanita Orang Asli hamil ke hospital
Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) membawa seorang wanita hamil yang mengalami komplikasi dari Kampung Orang Asli Peroh.
Wanita hamil cedera diserang anjing jiran di Cheras
Seorang wanita mengalami kecederaan dipercayai diserang seekor anjing milik jirannya ketika cuba menghalang haiwan itu daripada menyerang anak-anaknya.