TAIPING: Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Taiping pada Jumaat atas tuduhan cuai sehingga menyebabkan anjing peliharaannya menggigit seorang kanak-kanak perempuan, Julai lalu.
Tertuduh, K Saroja Devi, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Adibah Abdul Kadir.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa cuai dengan membiarkan anjing peliharaannya mencederakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, kira-kira jam 5 petang di hadapan sebuah rumah di Kampung Larut Tin Sambungan, Taiping pada 10 Julai lalu.
Ibu tunggal tujuh anak itu didakwa di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Faakihin Ahmad Fauzi menawarkan jaminan RM2,000, tetapi peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Hajar Hamzah, memohon jaminan dikurangkan kepada RM500 kerana tertuduh tidak berkemampuan.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin.
Mahkamah bagaimanapun menetapkan 25 Oktober depan untuk laporan perubatan mangsa sebelum menjatuhkan hukuman.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Sep 10 2021
Wanita itu didakwa di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya. - Gambar hiasan
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies
Situasi wabak rabies di Sarawak ketika ini agak membimbangkan justeru usaha pencegahan perlu dibuat secara teratur.
Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini
Chan berkata, setakat 7 Sept lepas, sebanyak 27,668 haiwan peliharaan di negeri itu berjaya divaksin.
Penumpang wanita kehilangan anjing di lapangan terbang tersibuk dunia
Anjing kesayangan Paula Rodriguez bernama Maia yang berusia enam tahun didakwa dihilangkan oleh kakitangan penerbangan semasa transit.
Selangor disaran wujud polisi khas pelihara kucing, anjing
Langkah itu lebih wajar berbanding menyekat atau melarang penjualannya supaya dapat mengelak penganiayaan serta eksploitasi haiwan.
Penjaga haiwan berbelanja lebih, elak risiko strok haba
Pak Mie Shelter di Jalan Tanjung Bendahara, sanggup berbelanja lebih sejak bulan lepas untuk keperluan kucing dan anjing di pusat itu susulan cuaca panas.
Lelaki dipenjara sebulan, anjing peliharaan cederakan wanita
Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap N.Trini Emmanuel Nettar, 53, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapi.
Norhaeda kongsi rezeki dengan 48 ekor kucing jalanan
Sikap mudah kasihan terhadap haiwan itu membuatkan dia akan membawa pulang haiwan berkenaan yang dijumpai di jalanan untuk dijaga.
Aktiviti seludup haiwan secara haram dari JB ke Singapura masih 'ligat'
Selain anjing, haiwan peliharaan yang sedia dijual pada harga murah di seberang tambak adalah kucing dan beberapa haiwan eksotik lain.