BUKIT MERTAJAM: Polis menahan reman sepasang suami isteri selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung ugutan jenayah susulan tindakan mereka yang mengganggu penunggang motosikal di atas Jambatan Pulau Pinang.
Perintah tahanan reman terhadap wanita berusia 37 tahun yang juga orang kelainan upaya ( OKU) dan suaminya, 50, dikeluarkan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan bermula hari ini sehingga 10 Februari.
Terdahulu, pasangan suami isteri yang berpakaian lokap itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam kira-kira jam 8.30 pagi dengan diiringi polis.
Pada Selasa, media melaporkan, sepasang suami isteri ditahan susulan tindakan mereka yang mengundang bahaya terhadap penunggang motosikal di atas Jambatan Pulau Pinang arah George Town menghala Seberang Perai diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Helmi Aris dalam kenyataan memaklumkan tangkapan dibuat susulan tular video memaparkan kejadian penunggang dan pembonceng motosikal yang menunggang dalam keadaan bahaya apabila pembonceng bertindak membaling sesuatu objek disyaki pasir serta cuba menendang pengguna motosikal yang ingin memintas motosikalnya.
Semakan rekod jenayah juga mendapati kedua-dua mereka mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kes ugutan jenayah pada 2021 dan tahun ini.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Feb 07 2024
Pasangan suami isteri yang berpakaian lokap itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam kira-kira jam 8.30 pagi dengan diiringi polis. - Foto Astro AWANI
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Polis bongkar makmal haram milik suami isteri, rampas dadah bernilai RM1.4 juta
Polis membongkar sebuah makmal haram dan stor penyimpanan dadah milik sepasang suami isteri dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang.
Wanita OKU, suami direman kes tendang penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang
Sepasang suami isteri direman bagi membantu siasatan susulan tindakan mereka yang mengganggu penunggang motosikal di atas Jambatan Pulau Pinang.
Suami isteri diberkas dipercayai dera kanak-kanak hingga maut
Pasangan suami isteri diberkas polis dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki sehingga maut dalam kejadian di Petaling Jaya.
Suami isteri ditahan bersama 51 ketul ganja mampat
Polis menahan pasangan suami isteri dan merampas 51 ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 51,634 gram bernilai RM160,000.
Suami isteri ditahan disyaki dera kanak-kanak lelaki
Polis telah menahan ibu dan bapa tiri mangsa yang masing-masing berusia 35 dan 37 tahun kira-kira 8 malam.
Suami isteri ditahan, disyaki aktif edar dadah sekitar Perak
Nilai keseluruhan dadah yang dirampas daripada pasangan itu berjumlah RM64,570.
Sindiket curi susu formula, suami isteri dihukum penjara 12 bulan
Sepasang suami isteri yang merupakan sindiket curi susu formula bayi dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.
Pandu kereta lawan arus, suami isteri ditahan
Rakaman video menunjukkan kereta dipandu melawan arus dari arah Teluk Kemang menghala ke Seremban.
SPRM tahan suami isteri buat tuntutan palsu RM2 juta
Tuntutan membabitkan bayaran komisen program merekrut pelajar sekolah menengah untuk melanjutkan pelajaran di sebuah universiti swasta.
Suami isteri antara tiga ditahan edar dadah
Pasangan suami isteri antara tiga yang ditahan dipercayai terlibat pengedaran dadah di daerah ini dan Kluang.