awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas di Lembah Klang akan dibenar 'walk-in' dapatkan suntikan vaksin - Dr Adham

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
15/07/2021
10:19 MYT
Warga emas di Lembah Klang akan dibenar 'walk-in' dapatkan suntikan vaksin - Dr Adham
Dr Adham memberitahu, data menunjukkan masih ada lagi warga emas yang belum disuntik vaksin. - Gambar fail/ BERNAMA
PUTRAJAYA: Warga emas di Lembah Klang yang belum menerima vaksin akan dibenarkan mendapatkan suntikan secara walk-in tanpa memerlukan janji temu di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tidak lama lagi.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memberitahu, langkah itu diambil kerana data menunjukkan masih ada lagi warga emas yang masih belum disuntik.
"Di Selangor dan Kuala Lumpur, mereka yang berusia 60 tahun yang masih belum menerima vaksin, boleh walk in. Data menunjukkan masih ada lagi golongan ini yang masih belum divaksinasi," katanya pada sidang media di sini, pada Khamis.
Bagaimanapun, tarikh pelaksanaan vaksinasi secara 'walk-in' berkenaan belum ditetapkan buat masa ini.
Dr Adham turut menambah, projek perintis yang bakal bermula di Selangor dan Kuala Lumpur itu akan dikembangkan ke negeri-negeri lain dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, Adham menjelaskan kerajaan memberi kebenaran kepada PPV Industri di Lembah Klang dan Negeri Sembilan untuk beroperasi 24 jam.
Katanya, ia adalah bagi memastikan proses vaksinasi di kawasan-kawasan yang menyaksikan peningkatan kes secara mendadak dapat dipertingkatkan.
"Sekiranya PPV Industri ingin melaksanakan program vaksinasi di Selangor, Kuala Lumpur dan Seremban (Negeri Sembilan) boleh 24 jam sekarang," katanya lagi.
Kes jangkitan COVID-19 di seluruh negara hari ini melonjak kepada 13,215 kes, berbanding semalam, 11,618 kes.
Selangor mendahului jumlah jangkitan dengan 6,120 kes diikuti Negeri Sembilan (1,603 kes) dan Kuala Lumpur (1,499 kes).
Topic Berkaitan
#Negeri Sembilan
#Klang
#Seremban
#warga emas
#COVID-19
#program vaksinasi
#Pusat Pemberian Vaksin
#PPV
#suntikan
#Adham Baba
#Kementerian Kesihatan
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan